Kecoh apabila semasa pertunjukan fesyen pakaian dalam Savage X Fenty yang diadakan oleh Rihanna pada 2 Oktober 2020 (Jumaat lepas), mencetuskan kemarahan orang ramai terutamanya di kalangan umat Islam.
Penyanyi popular ini menggunakan lagu dari petikan hadis, dan dipasang semasa pertunjukan fesyen itu berlangsung.
Hal ini membuatkan umat Islam berasa marah dengan sikap Rihanna yang dilihat cuba menjatuhkan imej agama Islam,menerusi lagu yang bertajuk ‘Doom’ yang menggunakan petikan hadis Nabi Muhammad SAW mengenai hari kiamat.
- Foto – Arkib Wanista
Lagu Remix Hadis Yang Mengkhayalkan
https://twitter.com/TAEHYUNGGOODBOI/status/1312869155759173632
Mendengar dendangan muzik remix yang rancak mengibaratkan lagu tersebut mengkhayalkan, sambil diiringi dengan tarian yang menghairahkan oleh model di pertunjukan fesyen tersebut menaikkan amarah umat Islam.
Klip video pertunjukan fesyen yang tular dengan muzik remix dari petikan hadis Nabi SAW itu, menunjukan betapa penyanyi barat ini tidak menghormati agama Islam.
Bukan Pertama Kali, Rihanna Tidak Menghormati Agama Islam
- Foto – Arkib Wanista
Pada tahun 2017, Rihanna mengadakan pertunjukan fesyen Fenty X Puma dan penyanyi ini telah menggunakan lagu remix yang sama dalam pertunjukan fesyen tersebut.
Dan pada tahun 2020 ini selepas tiga tahun, dirinya melakukan hal yang sama dan perkara ini dapat di lihat bahawa pelatun lagu ‘Umbrella’ ini sememangnya tidak menghormati agama Islam.
Lagu Hadis Dah Wujud Sejak 2017
- Foto – Arkib Wanista
Lagu yang bertajuk ‘Doom’ ini dihasilkan oleh Coucou Chloe yang kini sedang menetap di London ini, sebenarnya telah menghasilkan sekitar tahun 2016 dan kemudian digunakan dalam pertunjukan fesyen Rihanna iaitu Fenty X Puma pada tahun 2017.
Umat Islam & Masyarakat Tidak Menerima Permohonan Maaf Coucou
Melihat kritikan dan kecaman yang tidak putus-putus di laman sosial media, Coucou Chloe tampil memberi kenyataan yang menyatakan dirinya tidak mengkaji dan tidak sedar lirik lagu tersebut merupakan petikan dari hadis.
- Foto – Arkib Wanista
Dan memohon maaf mengenai kecuaiannya dirinya itu, dan akan cuba membuang lagu tersebut dari semua platfom dengan segera.
Tapi malangnya permohonan maaf itu tidak di terima oleh umat Islam khususnya dan juga masyarakat di seluruh negara, kerana lagu itu pernah dimainkan pada tahun 2017 di pertunjukan fesyen dan mustahil dirinya tidak tahu.
Malah, tajuk lagu tersebut juga menggambarkan lirik dari petikan hadis tersebut. Jadi tidak hairanlah ramai yang tidak menerima permohonan maaf wanita ini.
- Foto – Arkib Wanista
- Foto – Arkib Wanista
Rihanna Senyap, Menyepi Dari Alam Maya
- Foto – Arkib Wanista
Melihat isu panas ini ligat berputar di sosial media, Rihanna nampaknya berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di Instagram mahupun di Twitter mengenai kontroversi lagu remix hadis yang digunakannya semasa pertunjukan fesyen pakaian milik jenamanya itu.
Sampai sekarang Rihanna menyepi dan mendiamkan diri dari memberi maklum balas.