Rania Al-Abdullah, merupakan permaisuri Jordan. Dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan telah berkahwin dengan Putera Abdullah II. Suami beliau telah ditabalkan sebagai Raja Hashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999.
Pada yang tidak tahu, Ratu Rania aktif menggunakan media sosial untuk berkongsi dan mengemas kini perkembangan semasa di laman Instagram @queenrania.
Jauh berbeza dengan fesyenista diraja yang lain yang hanya memilih untuk berkongsi beberapa elemen kehidupan mereka pada majlis-majlis umum tertentu.
- Foto – Arkib Wanista
Rania selesa berkongsi fesyen OOTD, aktiviti hariannya bersama empat orang anaknya, Putera Mahkota Hussein, Puteri Iman, Puteri Salma, dan Putera Hashem kepada 6.2 juta pengikut.
Antara Personaliti Diraja Tercantik Di Dunia
Bila bercakap tentang fesyen, nama Kate Middleton, Meghan Markle, Queen Elizabeth atau Ratu Letizia antara yang menjadi buah mulut.
Tetapi jika diperhatikan fesyen jelitawan yang pernah diangkat sebagai permaisuri tercantik pada tahun 2011 oleh Majalah The Harpers dan Queen Magazine ini juga tidak kurang hebatnya.
Fesyen Mengalahkan Orang Muda
Difahamkan, Rania terlebih dahulu dilihat sering menggayakan busana tradisi dan menepati etika berpakaian diraja.
Rania bijak menggabungkan gaya tradisional dengan sentuhan lebih segar untuk memberi penampilan yang menarik. Apa sahaja busana yang disarung terletak kemas di tubuh langsingnya.
- Foto – Arkib Wanista
Signature beliau adalah pencil skirt bersama blouse dari rona-rona yang terang atau pastel, dress potongan mengikut bentuk badan yang memukau, flare pants dipadankan dengan tumit tinggi, semuanya effortless dan elegan, sesuai dengan usia.
Tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau tidak ubah seperti supermodel yang cantik bergaya di karpet merah. Setiap langkah beliau cukup yakin dan mempesona, no wonder rakyat Jordan sangat menyayangi dan mengagumi wanita 50 tahun ini.
#OOTD Paling Ikonik
Suntikan Tradisional Yang Menawan
- Foto – Arkib Wanista
Pencil Skirts Signature Peribadi
- Foto – Arkib Wanista
Manis Dengan Dress Pleated
- Foto – Arkib Wanista
Elegan Mengenakan Busana Hitam
- Foto – Arkib Wanista
Lagak Dah Macam Orang Muda
- Foto – Arkib Wanista
Kalau nak bongkar fail fesyen si permaisuri cantik ini, rasanya terlalu banyak yang cantik menawan.
Ada yang boleh kita jadikan inspirasi kerana fesyen Ratu Rania sedap mata memandang dan sopan.