Fesyen

H&M Keluar Koleksi Harry Potter Istimewa Untuk Kanak-Kanak

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
H&M Keluar Koleksi Harry Potter Istimewa Untuk Kanak-Kanak

Alahainya comel!

Tak dapat penulis bayangkan kecomelan yang terserlah pada kanak-kanak bila menyarung koleksi Harry Potter yang dibawakan oleh H&M.

Harry Potter x H&M

Koleksi kapsul H&M Kidswear terbaru diilhamkan oleh filem Harry Potter. Koleksi ini merangkumi pelbagai pakaian dan aksesori kanak-kanak dengan cetakan grafik, hiasan yang playful, serta fesyen fast-forward yang fun.

IKLAN
Foto – H&M

“Dicipta untuk peminat Harry Potter di seluruh dunia, koleksi ini pasti akan menggembirakan semua. Sentuhan beberapa grafik sinonim dengan dunia magik, ilustrasi burung hantu Hedwig malah hiasan emas membuatkan koleksi sangat menyeronokkan.

Foto – H&M

“Setiap helain bukan sahaja memberi inspirasi kepada kanak-kanak, bahkan untuk yang dewasa juga,” Sofia Löfstedt, Ketua Design Kidswear di H&M.

Pakaian Hingga Aksesori

Rangkaian ini merangkumi tops, sweatshirts, hoodies, jeans, trousers, joggers, dresses dan accessories seperti rings dan scrunchies. Setiap satu helaian boleh digaya dan sesuai dipakai di mana dan bila-bila masa.

Foto – H&M
Foto – H&M

Koleksi Edisi Terhad

H&M Kidswear Harry Potter akan tersedia mulai 8 Oktober 2020 di H&M Lot 10 Shopping Centre, 1 Utama, Avenue K, Gurney Paragon Mall, IOI City Mall dan Sunway Pyramid Shopping Mall.

Foto – H&M
Foto – H&M

Info lanjut, boleh pergi ke laman web H&M di sini.