Hiburan

Blackpink Jennie Dikecam Pakai Baju Jururawat Dalam MV “Lovesick Girl”

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Blackpink Jennie Dikecam Pakai Baju Jururawat Dalam MV “Lovesick Girl”

Dah dengar dan tengok klip muzik video lagu baru Blackpink yang berjudul “Lovesick Girl”?

Baru-baru ini Jennie menerima kecaman hebat dari netizen, gara-gara pemakaian uniform jururawat yang dipakai oleh Jennie dalam muzik video tersebut mencetuskan kontroversi dan isu panas.

Apa yang membuatkan netizen mengkritik sangat tentang pakaian jururawat yang dipakai oleh pelatun lagu ‘SOLO’ ini?

IKLAN

Pakaian Jururawat Terlalu Seksi

Foto – Arkib Wanista

Antara isu panas yang diperdebatkan di sosial media adalah, pakaian jururawat yang dipakai oleh Jennie sangat seksi dan menunjukan terlalu banyak kulit.

Bagi pandangan netizen, Jennie tidak patut memakai uniform jururawat yang singkat dan seksi begitu dalam muzik video lagu baru mereka.

Bukan Dress Code Sebenar

Foto – Arkib Wanista

Selain itu, ada juga netizen yang membidas bahawa uniform jururawat yang dipakai oleh Jennie dalam muzik video “Lovesick Girl” itu, bukanlah dress code sebenar dan ianya tidak sepatutnya berlaku.

Menyerong Tanggapan Terhadap Jururawat

Bukan itu saja, ada juga yang menyatakan dengan memakai uniform yang seksi seperti itu akan membuatkan orang ramai memandang serong pada jururawat.

Melihat kontroversi yang tercetus itu, Blink (nama fandom bagi Blackpink) beramai-ramai membidas semula isu panas ini dengan perdebatan yang logik.

Dan membuat perbandingan dikalangan kumpulan idol popular, yang pernah mengayakan konsep jururawat dalam industri muzik di Korea.

Blink Bidas Netizen Otak ‘Seks’

Rata-rata ramai Blink menyatakan netizen yang memberi pandangan yang uniform yang dipakai oleh Jennie mempunyai unsur seksualiti, sebenarnya dalam otak atau pemikiran mereka sendiri dipenuhi dengan unsur seks dan meletakkan kesalahan pada baju yang dipakai Jennie itu seksi.

Walhal pakaian tersebut tidaklah seseksi yang digembar-gemburkan oleh netizen di sosial media, ianya kelihatan biasa serta tidak terlalu singkat, sendat dan tidak menunjukan banyak kulit.

IKLAN

Jururawat Sebenar Okay, Netizen Yang Lebih-Lebih

Kontroversi ini juga menarik perhatian jururawat sebenar, dan rata-rata mereka memberi pandangan yang positif tentang uniform yang dipakai oleh Jennie.

Jennie Pakai Uniform Jururawat Psikiatri Kena Dengan Konsep lagu

Malah uniform yang dipakai oleh idol ini sebenarnya merupakan uniform jururawat psikiatri dan dalam muzik video lagu “Lovesick Girl”, Jennie membawa dua watak iaitu jururawat psikiatri dan juga wanita gila yang lovesick. 

Blink Banding Uniform Jennie Dan K-Idol Lain

Foto – Arkib Wanista

Blink juga membidas netizen yang mengkritik uniform yang dipakai Jennie, dengan membuat perbandingan konsep uniform jururawat yang pernah dipakai oleh k-idol yang lain jauh lebih seksi, sendat dan menampakkan banyak kulit berbanding Jennie.

Girl Generation

Foto – One Hallyu

Mamamoo

Foto – Google

Kalau nak diikutkan banyak lagi kumpulan idol lain yang pernah membawa konsep doktor dan jururawat, tampil dengan uniform yang jauh lebih seksi dari apa yang Jennie Blackpink pernah pakai.

Macam-macam perangai haters zaman sekarang ini, bertabahlah Jennie.