Ada sesetengah makanan tidak digalakkan diambil setiap hari kerana ada kesan sampingan. Tapi tidak pada sayuran hijau dan beberapa buah-buahan ini yang diakui punya nutrien dan khasiat tersembunyi, bahkan manfaat jika diambil setiap hari.
Berikut adalah buah-buahan yang elok kamu makan hari-hari.
Jambu Batu
Lemak dalam jambu batu kurang dari 1% dan merupakan antara buah terkaya dengan vitamin C. Jambu batu mempunyai kesan antioksidan yang kuat dalam sel kerana zat yang terkandung dikenali sebagai Karotenoid.
- Foto – Health
Ia membantu dalam rawatan Hipertensi, kerana rendah natrium dan tinggi serat sayuran. Daunnya pula baik unruk membersihkan darah kerana meneutralkan bahan toksik dalam darah. Buah ini juga kaya dengan serta Ia juga kaya dengan serat larut yang disebut Pectin membantu menghilangkan kolesterol berlebihan.
Epal
Epal mengandungi Pectin yang membantu memudahkan pembuangan toksin dari badan. Ia juga membantu mengalkali tisu dan darah. Apabila dikunyah dengan betul, kandungan asid dalam epal membunuh kuman yang terdapat di dalam mulut.
- Foto – Pinterest
Apabila diminum secara berkala, epal meningkatkan pencernaan makanan dan menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan natriumnya yang rendah.
Pisang
Pisang bagus untuk mengawal tekanan, kandungan potassiumnya membantu menormalkan degupan jantung. Ia mengandungi kira-kira 1% protein dan kaya dengan folat yang mencegah kerosakan sistem saraf janin, oleh itu ia baik untuk kehamilan.
- Foto – Insider
Pisang membantu melegakan cirit-birit pada kanak-kanak dan orang dewasa. Malah mengurangkan kesan ulser dengan meneutralkan keasidan berlebihan jus gastrik yang dihasilkan di dalam perut.
Tembikai
- Foto – Health
Tembikai mengandungi serat, air, protein, vitamin A, B, C, yang diperlukan untuk ketahanan terhadap jangkitan. Ia meningkatkan aliran air kencing, merawat sembelit dan dapat memperbaiki tahap awal penyakit buah pinggang.
Betik
- Foto – Spruce Eat
Buah betik adalah 88% air dan kaya dengan vitamin C. Ia membantu dalam merawat penyakit kulit, ulser dan pedih ulu hati. Untuk mengubati penyakit kulit, buat pes betik dan sapukan ke kawasan yang terkena. Pengambilan betik secara teratur juga dapat memperbaiki gangguan usus.
Amalkan makan buah dan sayuran dengan teratur untuk gaya hidup yang sihat sejahtera.
Selamat Beramal!