Hiburan

“Tale Of Gumiho” K-Drama Fantasi Baru Lee Dong Wook Yang Mengujakan!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
“Tale Of Gumiho” K-Drama Fantasi Baru Lee Dong Wook Yang Mengujakan!

Rindu nak tengok Lee Dong Wook beraksi semula?

Bulan Oktober 2020 ini bakal menyajikan drama terbaru Lee Dong Wook, yang menampilkan sisi baru aktor kacak ini dalam memainkan watak haiwan mistik musang berekor sembilan dalam drama ‘Tale Of Gumiho”.

Nampaknya drama “Tale Of Gumiho” akan membawa peminat k-drama ke dunia fantasi dan misteri, menerusi gandingan mantap antara Lee Dong Wook, Kim Bum dan Jo Bo Ah.

IKLAN

Tapi apa yang membuatkan drama dongeng fantasi yang bakal ditayangkan pada 7 Oktober 2020 ini menarik, jom cungkil rahsianya di bawah!

Drama Fantasi Kedua Lee Dong Wook, Selepas 4 Tahun

Foto – Arkib Wanista

Bagi peminat Lee Dong Wook pasti masih ingat lagi drama fantasi popular Lee Dong Wook dalam drama “Goblin” pada tahun 2016, watak grim reaper yang cool di bawak oleh aktor berbakat ini meninggalkan kesan yang mendalam pada penonton.

Kini selepas empat tahun, Lee Dong Wook kembali semula dalam pentas lakonan dalam drama “Tale Of Gumiho” dan drama ini juga merupakan drama fantasi kedua Lee Dong Wook selepas “Goblin”.

Gandingan Mantap Antara Lee Dong Wook, Kim Bum & Jo Bo Ah

Foto – Arkib Wanista

Melihat video teaser drama “Tale Of Gumiho” di saluran YouTube tvN, memberi gambaran setiap episod yang ditayangkan akan menyajikan kepuasan dengan lakonan mantap antara Lee Dong Wook, Kim Bum dan Jo Bo Ah.

Ada 2 Musang Mistik Dalam “Tale Of Gumiho”

Foto – Arkib Wanista

Dalam drama ini Lee Dong Wook memegang watak sebagai Lee Yeon, yang merupakan gumiho atau musang mistik berekor sembilan.

Tapi aktor kacak ini tidak berseorangan kerana aktor kacak Kim Bum memegang watak sebagai Lee Rang, yang merupakan adik tiri Lee Yeon.

Ini bermakna terdapat dua gumiho (musang mistik berekor sembilan) dalam drama dongeng fantasi ini, mesti menarik jalan cerita dan plot drama ini kan.

IKLAN

Aksi Supernatural Yang Hebat

Nampaknya drama “Tale Of Gumiho” ini bukan seperti drama romantik yang lain, kerana melihat video teaser yang dikeluarkan tvN ini nampaknya memaparkan adegan aksi dan supernatural yang cukup hebat dan thrill.

Tak sabar nak tengok Lee Dong Wook, Kim Bum dan Jo Bo Ah beraksi!

Sinopsis “Tale Of Gumiho”

Lee Yeon baru saja menetap di bandar, dirinya yang mampu berubah menjadi manusia merupakan gumiho (musang mistik berekor sembilan) dan mampu membersihkan jiwa dan semangat manusia.

Dalam masa yang sama Nam Ji Ah yang merupakan penerbit rancangan televisyen berbakat, menerbitkan rancangan televisyen berunsur mistik dan lagenda dongeng.

Kemunculan Lee Yeon membuatkan Nam Ji Ah mahu lelaki kacak ini menjadi tetamu undangan dalam rancangan televisyen yang diterbitkannya.

Manakala adik tiri Lee Yeon iaitu Lee Rang yang juga merupakan musang mistik berekor sembilan ini mempunyai reputasi musang berekor sembilan paling berbahaya dalam dunia gumiho.

Lee Rang sangat membenci manusia dan menipu manusia dengan menunaikan hasrat mereka dengan bayaran yang ‘tinggi’.

Foto – Arkib Wanista

Tak sabar nak tonton lakonan Lee Dong Wook bersama Kim Bum Dan Jo Bo Ah, dalam drama “Tale Of Gumiho” ini. Nantikan tayangan drama fantasi ini pada 7 Oktober 2020 ini nanti.