Selalunya individu yang memakai cermin mata ini kurang membuat pemeriksaan mata, kerana bagi mereka dengan memakai cermin mata saja sudah cukup untuk menjaga penglihatan mata.
Walhal tanggapan sebegitu sebenarnya tidak benar, mata merupakan anggota sensitif yang perlu diberi perhatian dan dijaga dengan rapi.
Kena Buat Periksaan 6 Bulan Sekali Atau Setiap 12 Bulan
- Foto – Google
Penting sebenarnya bagi individu yang memakai cermin mata untuk melakukan pemeriksaan saringan mata setiap enam atau 12 bulan sekali, kerana ini adalah jangka masa yang ideal untuk melakukan pemeriksaan mata.
Semak Tahap Kuasa Mata
- Foto – VSP Direct
Selain dalam tempoh enam hingga 12 bulan sekali merupakan jangka masa yang ideal, untuk individu yang memakai cermin mata melakukan pemeriksaan saringan mata.
Dalam tempoh itu juga, individu yang memakai cermin mata dapat menyemak tahap kuasa mata sama ada ia masih sama atau bertambah.
Elakkan Penglihatan Jadi Lebih Teruk
- Foto – Google
Ramai pemakai cermin mata tak sedar bahawa mata mereka mengalami keletihan, sakit dan sengal-sengal, akibat melihat skrin laptop, telefon pintar dan melakukan tugas-tugas tanpa merehatkan mata.
Tetapi dengan melakukan pemeriksaan selang enam bulan atau 12 bulan sekali, boleh mengelakkan penglihatan jadi lebih teruk dengan maklumat pemeriksaan yang diperolehi.
Potensi Masalah Penglihatan Yang Boleh Di Hadapi Jika Tak Di Periksa
- Foto – Google
Memakai cermin mata bukan syarat penglihatan telah dilindungi, apatah lagi si pemakai cermin mata jarang melakukan pemeriksaan mata bagi memeriksa tahap kesihatan mata.
Sepanjang tempoh si pemakai tidak melakukan pemeriksaan, penglihatan kamu berpotensi untuk menghadapi beberapa siri masalah mata yang lain tanpa sedar seperti:
- Miopia – terpaksa mengecilkan mata untuk melihat objek dengan jelas
- Astigmatisma – penglihatan kabur bagi jarak dekat dan jauh
- Katarak – penglihatan kabur
- Foria – melihat dua imej
- Glaukoma – terdapat tekanan cecair terlampau tinggi di dalam bebola mata
- Anisometropia – kedua-dua belah mata mempunyai masalah refraksi yang berbeza
Di Mana Nak Buat Pemeriksaan Mata
- Foto – Google
Kesihatan dan penjagaan mata perlu dititikberatkan terutama bagi individu yang memakai cermin mata, jadi bagi yang tak tahu mana nak buat pemeriksaan dan saringan penglihatan boleh pergi ke tiga tempat ini.
- Klinik kesihatan kerajaan
- Klinik kesihatan swasta
- Kedai cermin mata yang menawarkan perkhidmatan optometri
Bagi yang memakai cermin di nasihatkan agar rajin-rajinlah melakukan pemeriksaan berkala, iaitu enam bulan sekali atau 12 bulan sekali bagi memantau tahap kesihatan mata.
Ingat penglihatan itu anugerah yang perlu di jaga, kalau sayang mata buat check up!