Kecantikan

Kenapa Bertangas Penting Bagi Mak-Mak Yang Lepas Bersalin?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Kenapa Bertangas Penting Bagi Mak-Mak Yang Lepas Bersalin?

Amalan berpantang bagi wanita selepas bersalin sangat penting, dan sudah menjadi kewajipan buat kaum ibu untuk melakukan amalan ini bagi penjagaan dalaman diri.

Antara amalan dalam berpantang yang para ibu-ibu selepas bersalin perlu jalani adalah seperti amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung.

Tapi dalam banyak-banyak langkah dan amalan berpantang yang perlu dilakukan, kenapa bertangas ini penting untuk kaum ibu? Ketahui sebabnya di bawah.

IKLAN

Apa Itu Bertangas

Foto – Arkib Wanista

Untuk makluman semua amalan bertangas ini berfungsi lebih kurang sama macam bersauna atau mandi wap yang disediakan oleh spa-spa di Malaysia ini.

Bertangas dilakukan dengan cara duduk di atas ramuan rebusan herba, amalan bertangas ini boleh membantu proses pembakaran lemak, mewangikan badan dan mengeluarkan peluh.

Bila Nak Kena Buat Bertangas

Foto – Arkib Wanista

Bertangas ini dilakukan pada hari ke-30 sehingga hari ke-44 dalam pantang, kerana pada waktu itu darah nifas telah keluar dan jadi semakin sedikit.

Dengan melakukan bertangas pada hujung waktu pantang selama 14 hari berturut ini, mampu mengeluarkan saki-baki darah nifas yang ada dalam bahagian intim.

Kebaikan Bertangas Bagi Kaum Ibu

Foto – Arkib Wanista

Banyak kebaikan dan manfaat bertangas yang kaum ibu dapat antaranya adalah:

#1 Mengecutkan Rahim & Menguatkan Otot Miss V

Amalan bertangas ini dapat mengembalikan kesihatan peranakan dengan mengecutkan, merapatkan rahim serta mengembalikan kekuatan otot miss v.

#2 Mengurangkan Bau Badan Dan Bau Miss V

IKLAN

Selepas bersalin bahagian miss v dan badan akan berbau busuk, oleh itu untuk mengurangkan masalah bau tersebut kaum ibu perlu melakukan bertangas. Dengan bertangas juga, kaum ibu dapat mengeluarkan toksik yang tersimpan dalam badan melalui peluh.

#3 Memulihkan Luka

Selepas bersalin peranakan mengalami luka-luka dan trauma, bagi memulihkan luka dalam peranakan amalan bertangas perlu dilakukan. Ramuan herba bertangas mempunyai khasiat bagi memulihkan luka peranakan kaum ibu.

Foto – Kompas Health

#4 Membuang Saki Baki Darah Nifas

Dalam pantang bertangas dilakukan pada hari ke-30 hingga hari ke-44 dalam pantang, saki baki darah nifas yang masih terdapat dalam bahagian intim boleh dikeluarkan menerusi bertangas.

#5 Memelihara Bahagian Intim Wanita

Bagi mengelakkan masalah rahim seperti masalah keputihan, lendir kental, faraj berbau, penyakit kelamin, dan haid tidak teratur selepas bersalin, amalan bertangas sangat penting bagi memelihara bahagian intim dan mengelakkan pertumbuhan bakteria.

#6 Tidak Gatal-Gatal Dan Menyihatkan

Ramuan tangas yang diambil dari campuran herba tradisional sangat bagus untuk menyihatkan kulit, dan wap yang terhasil dari herba bertangas juga dapat melembapkan kulit di bahagian intim dan tidak menyebabkan rasa gatal-gatal di bahagian atau sekitar faraj.

Foto – Arkib Wanista

Jadi sebab itu amalan bertangas ini sangat penting dalam pantang ibu-ibu bersalin, buat wanita yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi pastikan kamu tidak skip amalan bertangas kalau nak jaga bahagian dalaman wanita.

Rujukan: 1, 2,