Fesyen

Tiru Cara Artis Gayakan Fesyen Denim On Denim Paling Stail

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Tiru Cara Artis Gayakan Fesyen Denim On Denim Paling Stail

“Terpikatnya tengok stail BTS Jungkook dalam MV Dynamite, lagi-lagi bila pakai denim. Nampak cool sangat gabungan denim on denim. Sesuai dengan elemen disko pada lagu.”

Denim atau jeans pastinya dimiliki dan dipakai oleh semua golongan, baik dari kanak-kanak hinggalah ke golongan berumur.

Oleh kerana fabriknya yang tebal, keras ketahanan, menjadikan pemakaian denim disesuaikan untuk pemakaian lasak seharian. Cuma kini ketebalan denim juga pelbagai, sehinggakan ada yang nipis dengan stail tersendiri.

IKLAN

Mulanya dihasilkan oleh pengeluar terkemuka dunia, Levi’s, denim kini dikeluarkan oleh setiap jenama fesyen atau pereka fesyen. Fesyen denim turut dipelbagaikan pemakaiannya dari seluar, skirt, jaket, kemeja dan vest.

Jika anda berminat nak bergaya fesyen kombo denim from head to toe, beberapa selebriti di bawah ada cara tersendiri.

Selena Gomez memilih sepatu kasut sukan untuk nampak lebih cool dan muda.

Foto – Arkib Wanista

Crop top merah Gigi Hadid menghidupkan lagi fesyen denim on denim yang ditonjolkan.

Foto – Arkib Wanista

Miranda Kerr pilih denim dari kemeja dan di-tuck in nampak lagi stail.

Foto – Arkib Wanista

Boleh tahan cantik kombo denim jaket dan skirt yang disarung Hailey Bieber.

Foto – Arkib Wanista

Kitten heels bikin penampilan Olivia Palermo seperti gadis Paris.

Foto – Arkib Wanista

Dalam banyak-banyak, penulis paling berkenan cara Olivia dan Selena, simple yet stylish!

Nak beritahu kalau tertarik dengan fesyen denim, boleh check koleksi fall/winter 2020 dari Uniqlo. Beli online di sini.

Foto – Uniqlo

Happy Shopping!