Berita & Isu Semasa

Kematian Sushant : Deepika Padukone Penagih Dan Pengedar Dadah?

Mia Natasha
/
jadikan menulis sebagai terapi.
Kematian Sushant : Deepika Padukone Penagih Dan Pengedar Dadah?

Kematian aktor Bollywood Sushant Singh sehingga ke hari ini masih lagi misteri. Pada awalan dia dilaporkan mengambil nyawa dengan menjerutkan diri, dan sekarang ura-ura dia dibunuh kerana terlibat dalam skandal dadah terbesar.

Terkini, aktres Deepika Padukone telah dipanggil polis India untuk mendapatkan kenyataan bagi membantu siasatan kes dadah kematian Sushant Singh.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Deepika, 34, dilaporkan telah mengaku sebagai sebahagian daripada kumpulan WhatsApp, di mana perbincangan mengenai dadah berlaku.

Sebelum ini, saluran TV TimesNow menyiarkan beberapa klip rakaman suara menerusi aplikasi WhatsApp mengenai pembelian hash (ganja mampat) dipercayai Deepika dan pengurusnya.

Deepika Admin Kumpulan WhatsApp

Badan siasatan Narcotics Control Bureau (NCB) juga mendedahkan bahawa Deepika adalah admin kumpulan WhatsApp di mana perbualan mengenai dadah dijumpai.

Deepika, Karishma dan Jaya Saha semuanya admin kumpulan tersebut. Dinyatakan dua nombor telefon bimbit milik Deepika ada dalam kumpulan itu.

Foto – Arkib Wanista

Dalam perbualan WhatsApp yang tular, Deepika didakwa meminta hash (atau harnish, sejenis dadah yang diperbuat daripada kilang ganja) dari individu bernama ‘K’, yang dipercayai adalah pengurusnya sendiri, Karishma Prakash.

Khabar angin Deepika mengambil dadah, bahkan turut mengedar dikalangan artis Bollywood.

Deepika Menghidap Masalah Mental

Kata Deepika, pada awalnya dia sendiri tidak mengetahui menghidap masalah kesihatan mental, tapi ibunya mengesan sesuatu yang tidak kena dengan anak perempuan dan mendapatkan rawatan profesional. Juru terapi mendiagnos bahawa aktres jelita ini kemurungan dan anxiety.

Teman Wanita Sushant Pengedar Dadah

Jun lalu, Sushant Singh ditemukan mati dalam keadaan tergantung di kediamannya dan kematiannya diklasifikasikan sebagai bunuh diri.

IKLAN
Kejadian itu menimbulkan spekulasi bahawa bekas kekasih Sushant Singh yang juga aktres Bollywood Rhea Chakraborty didakwa menjadi pendorong kepada kejadian bunuh diri itu.
Foto – Arkib Wanista

Pada 9 September lalu, Rhea ditahan polis dipercayai atas kesalahan mengedar dadah selain dipercayai turut disiasat berkaitan kes kematian bekas kekasihnya itu.

Siapa sangka… Mungkin Deepika menggunakan dadah sebagai alat penenang, tapi kalau sudah mengedar itu dianggap jenayah.

RUJUKAN : 123