Kecantikan

Cuba Teknik Mekap Buat Gigi Kamu Nampak Lagi Putih

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Cuba Teknik Mekap Buat Gigi Kamu Nampak Lagi Putih

Gigi setiap orang menjadi kekuningan seriring dengan bertambahnya usia. Agaknya bagaimana selebriti miliki senyuman dibarisi dengan gigi putih sepanjang masa. Sebenarnya tidaklah putih mana, tapi aura senyuman dan ketawa mereka nampak glowing dan elok dipandang.

Memang ramai di antara mereka mungkin menghabiskan berjam-jam di doktor gigi, tetapi ada juga yang menggunakan beberapa trik mekap dan hasilnya cukup menakjubkan.

Mekap adalah alat magik terbaik untuk menutup segala cela di wajah. Muka yang ‘biasa-biasa’ boleh berubah artis dengan bantuan mekap.

IKLAN

Lihat bagaimana teknik mekap boleh membantu anda mendapatkan gigi putih.

Gariskan Bibir Dengan Lip Liner Rona Nude

Lip liner sama pentingnya dengan lipstick, tapi sering dilupakan. Ia membantu memberi kontur pada bibir dan menjadikan warna lipstick tahan lebih lama.

Foto – Arkib Wanista

Lagi satu, sekiranya anda mahu gigi menonjol dan kelihatan lebih putih, gunakan lip liner nude. Bibir bukan saja kelihatan lebih penuh dan seksi, malah senyuman manis dibarisi gigi yang cantik sempurna.

Pakai Highlighter

Foto – Arkib Wanista

Highlighter adalah alat yang mesti dimiliki oleh setiap beauty junkies jika inginkan solekan dramatik dan memberi ilusi runcing. Produk ini akan membantu anda menonjolkan beberapa ciri wajah agar ia kelihatan lebih berseri dan glowing. Dan ini termasuk senyuman anda sekali.

Kesan Tanning

Foto – Arkib Wanista

Bronzer dapat membantu anda mendapatkan kesan kulit sun-kissed yang glowing seperti Zendaya. Tapi yang anda tak tahu teknik bronzer juga boleh menjadikan gigi anda kelihatan lebih putih. Dapatkan bronzer matte supaya kulit anda lebih menonjol dan kontra dengan warna gigi.

Beri Perhatian Pada Mekap Mata

Mengenakan mekap yang tepat pada mata anda adalah kunci untuk mengalihkan perhatian dari gigi dan mulut.

Foto – Arkib Wanista

Triknya adalah eyeliner hitam dan maskara. Untuk eyeshadow, pilih warna biru muda, ungu, hijau, yang nampak kontra dengan gigi dan menjadikan mata anda menonjol. Elak warna berasaskan oren kerana boleh menjadikan gigi anda kelihatan lebih kekuningan.

IKLAN

Lip Gloss Terbaik

Foto – Arkib Wanista

Lip gloss adalah alat yang sempurna untuk menjadikan bibir kelihatan lebih penuh dan seksi. Dan tentu saja, untuk menjadikan gigi anda kelihatan lebih putih. Sebelum apply lip gloss, penting untuk melembapkan bibir agar tidak kering dan retak. Dengan melakukan trik ini, gigi anda akan nampak lebih menonjol.

Mudahkan. Sekarang anda pun boleh ikut cara selebriti. Selamat Beramal!