Kesihatan

Wanita Perlu Tangani Masalah Mental Macam Deepika Padukone

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Wanita Perlu Tangani Masalah Mental Macam Deepika Padukone

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety) boleh menjerumus kepada masalah keinginan membunuh diri.

Dan hal ini sering di alami sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, jantina dan jenis status sosial dalam masyarakat.

Ironiknya saban hari dan tahun semakin ramai yang menghidapi masalah mental ini, termasuklah aktres merangkap penerbit filem terkenal Deepika Padukone.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Ramai wanita sebenarnya mengalami masalah kesihatan mental tanpa disedari, dan tidak tahu bagaimana nak menanganinya dengan betul.

Ikuti bagaimana cara Deepika menangani masalah kesihatan mental secara terbuka dan berani, di bawah!

Pentingnya Ahli Keluarga Yang Peka

Foto – Arkib Wanista

Pada awalnya Deepika sendiri tidak tahu dirinya menghidap masalah kesihatan mental, ibu aktres jelita ini mengesan ada sesuatu yang tidak kena dengan anak perempuannya berdasarkan naluri seorang ibu dan anaknya perlu mendapatkan rawatan dari profesional.

Jangan Malu & Segera Dapatkan Rawatan Dari Juru Terapi

Foto – Arkib Wanista

Dalam kes Deepika selepas ibunya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan aktres jelita ini, mereka memutuskan untuk melakukan pemeriksaan menerusi juru terapi yang juga merupakan rakan rapat keluarga aktres ini.

Dengan tindakan pantas ibu Deepika, juru terapi mendiagnos bahawa aktres jelita ini kemurungan dan anxiety. Deepika juga akui bahawa dirinya tidak malu mengaku mempunyai masalah kesihatan mental, kerana yakin ia boleh di rawat.

Mula Beri Perhatian Pada Diri Sendiri

Foto – Arkib Wanista

Dengan menjalani rawatan dari pakar, Deepika mula beri perhatian pada diri sendiri dengan melakukan apa yang dirinya ingin lakukan tanpa perlu berasa bersalah.

Manjakan Diri Salah Satu Cara Pulihkan Diri

Foto – Arkib Wanista

Menurut Deepika untuk menangani masalah kesihatan mental ini, cara terbaik adalah dengan menyayangi diri dan manjakan diri.

Sebagai contoh keluar membeli-belah, berlibur, berkunjung ke spa kecantikan dan lakukan apa jua yang diingini tanpa berperlu terlalu memikirkan hal-hal lain.

IKLAN

Komunikasi Dan Meluahkan Isi Hati

Foto – Arkib Wanista

Pentingnya bagi wanita yang menghadapi masalah kesihatan mental untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, menerusi komunikasi bersama suami, ibu bapa, adik-beradik dan sahabat baik.

Ini kerana dengan berkongsi bebanan yang ditanggung, secara automatik beban yang dipikul tidak begitu berat dan boleh ditangani dengan baik.

Begitulah cara Deepika menangani kemurungan dan anxiety yang dihadapinya, dengan berkomunikasi dan meluahkan apa yang membelenggu diri.

Kemurungan Boleh Di Rawat

Foto – Arkib Wanista

Kebanyakan wanita dimomokan dengan pemikiran yang masalah mental tidak boleh di rawat, dan tiada ubat yang boleh memulihkan kembali diri seperti sedia kala.

Sebenarnya perspektif sebegitu adalah tidak benar, dan Deepika sendiri telah berkongsi quote bahawa masalah mental boleh di rawat.

Foto – Arkib Wanista

Buat wanita di luar sana yang menghadapi masalah kesihatan mental sama seperi Deepika Padukone alami, beranikan untuk dapatkan rawatan dari pakar.

Hanya kamu yang boleh bantu diri kamu sendiri, dengan mengikuti rawatan disamping belajar untuk menyayangi diri sendiri InsyaAllah kesihatan mental akan kembali pulih.

Rujukan: 1, 2,