Tanyalah mana-mana wanita di dunia ini, siapa yang tidak mahu miliki wajah yang licin, putih, tanpa sebarang bekas jerawat dan bintik hitam di muka.
Nukilan kata “beauty is pain” adalah benar kerana tanpa usaha keras macam mana nak dapatkan wajah yang flawless begitu kan?
Ini bagaimana nak dapatkan kulit wajah yang putih dan licin macam telur rebus, boleh kamu lakukan di rumah.
Tidur Cukup
- Foto – Arkib Wanista
Untuk mendapatkan kulit yang sihat, kamu perlu bekalkan kulit yang sihat dengan mengamalkan tidur yang mencukupi.
Kerana waktu tidurlah yang bantu membaik pulih sel kulit dan apabila kulit jadi sihat, maka lagi mudahlah penyerapan produk dalam kulit.
Amalkan Minum Air Masak & Makanan Berkhasiat
Badan yang di penuhi toksin berpunca daripada makanan dan minuman segera dan tidak sihat, yang kamu telan selama ini.
- Foto – Arkib Wanista
Dan toksin ini keluar ke permukaan kulit menjadi jerawat lalu meninggalkan parut, untuk mendapatkan wajah yang bersih kamu harus berhenti makan makanan segera dan minuman bergas.
Sebaliknya amalkan banyak minum air masak dan makan makanan yang berkhasiat, barulah dapat kulit yang bersih dan sihat.
Perlu Bersenam
- Foto – Arkib Wanista
Katalah kamu memang malas tahap langit ketujuh sekalipun, lakukanlah aktiviti berlari anak, buat push-up, bangkit tubi, atau skipping di ruang tamu rumah.
Supaya kamu dapat mengeluarkan peluh, apabila peluh keluar secara tidak langsung toksin dalam badan dapat di keluarkan dengan cara semulajadi selain menjaga pemakanan.
Kulit Licin Dan Putih Macam Telur Rebus Guna Bahan Semula Jadi
Dengan mengamalkan tidur yang mencukupi, ambil pemakanan yang berkhasiat dan bersenam, kulit kamu secara perlahan-lahan menjadi sihat dan lebih mudah sel-sel kulit menyerap nutrisi penjagaan kulit.
Kini mulalah rutin untuk kamu lakukan untuk mendapatkan kulit putih dan mulus dengan cara menggunakan bahan semulajadi.
Bahan-bahan
- 1 sudu makan putih telur
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 cubit serbuk penaik/serbuk soda
- 1 sudu teh jus limau/lemon
Cara penyediaan
- Pukul putih telur sampai jadi berbuih selama 2 minit
- Masukkan madu, soda, jus limau atau lemon, dan kacau semua bahan-bahan sehingga berbuih putih
- Kemudian masukkan serbuk penaik atau serbuk soda, kacau bahan sehingga sebati
Rutin kecantikan
- Sapu bahan di muka dan biarkan kering selama 5 minit
- Kemudian sapu lagi sekali di muka dan biarkan kering selama 15 minit
- Bilas muka dengan air sejuk
- Amalkan 2-3 kali seminggu selama 3-4 minggu berturut-turut
- Kamu akan dapat hasilnya kulit wajah putih berseri dan flawless.
- Foto – Arkib Wanista
Ingat memang rutin penjagaan wajah penting, tapi apa yang membuatkan kamu berjaya mendapatkan hasil sebegitu adalah dengan penjagaan dalaman seperti tidur cukup, makan terjaga dan rajin bersenam.
Barulah kulit sihat, berseri, bersih dan cantik jelita macam telur rebus.
Selamat beramal♥