Fesyen

Nak Bergaya Tak Perlu Beli Barang Berjenama Pun

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Nak Bergaya Tak Perlu Beli Barang Berjenama Pun

Tahu tak sebenarnya nak bergaya tak perlu pun nak beli pakaian atau aksesori berjenama bagai, dan belum tentu barang berjenama yang kamu beli itu betul-betul kena dengan jiwa dan citarasa kamu.

Jadi berhenti mengikut trend, di mana orang beli barang berjenama kita pun nak ikut sama beli. Sudahlah tak berbaloi, membazir duit lagi adalah.

Hari ini penulis kongsikan kepada kamu, bagaimana nak bergaya tanpa perlu membeli pakaian dan aksesori yang mahal dan berjenama tapi masih nampak classy dan menarik.

IKLAN

Gaya Menawan & Comel

Untuk menggayakan gaya yang menawan dan comel kamu tak perlu cari pakaian berjenama pun, cukup dengan beberapa item ini untuk pull off gaya menawan dan comel.

Dress Bercorak Harga Dalam RM45 – RM65

Foto – Arkib Wanista

Tudung / Shawl Serona Dengan Dress Harga Dalam RM10 – RM25

Foto – Arkib Wanista

Kasut Sandal / Sneaker / Tumit Tinggi Harga Dalam RM25 – RM45

Foto – Arkib Wanista

Gaya Kasual & Santai

Wanita zaman sekarang lebih selesa mengenakan gaya kasual dan santai, banyak vendor-vendor pakaian menjual pakaian yang sesuai untuk para wanita gayakan secara kasual dan santai.

Kalau nak gayakan fesyen yang santai dan kasual, ini yang perlu kamu beri perhatian.

Baju Kemeja-T / Sweatshirt Harga Dalam RM35 – RM40

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Seluar Jeans / Palazo Harga Dalam RM35 – RM60

Foto – Arkib Wanista

Tudung / Shawl Harga Dalam RM10 – RM25

Foto – Ali Express

Kacamata Harga Dalam RM35 -RM55

Foto – Arkib Wanista

Kasut Sneaker / Wedges / Sandal / Tumit Tinggi RM35 – RM50

Foto – Arkib Wanista

Kalau kamu perhatikan dua gaya ini iaitu gaya menawan dan comel berserta gaya kasual dan santai ini, tidak memerlukan pakaian dan busana dari barang berjenama pun.

Sama dress labuh, blouse, baju kemeja-t, seluar jeans, seluar palazzo, tudung, shawl, kasut dan kacamata bukannya dari jenama popular.

Foto – Arkib Wanista

Semua material ini boleh kamu jumpa di vendor-vendor dalam pusat membeli-belah, seperti di Times Square, Sungei Wang, kompleks GM, Pasaraya Kenanga KL dan juga di uptown berhampiran rumah kamu sendiri dan juga menerusi kedai dalam talian.

Jadi buat apa menghabiskan wang yang banyak dengan membeli barangan berjenama, sedangkan kamu boleh bergaya sakan tanpa perlu menghabiskan banyak wang.