Untunglah siapa yang ada darah campuran. Selain berbekalkan rupa paras sedap mata memandang, mereka selalunya berotak.
Ini berlaku pada beberapa selebriti terkenal di dunia, yang siapa sangka ada campuran Asia dalam diri mereka, dan ini menjadikan mereka begitu menarik. Rupa paras mereka sentiasa menjadi sebutan ramai, malah turut tersenarai dalam kategori ‘wanita tercantik di dunia’.
Kristin Kreuk
- Foto – Erik Pendzich
Bintang siri TV Smallville yang memainkan watak Lana Lang mempunyai darah Cina dari ibunya dan Belanda belah bapanya.
Vanessa Hudgens
- Foto – Bruce Glikas
Bapanya mempunyai darah Ireland dan Amerika. Ibunya pula dari Filipina tetapi dia berketurunan Cina dan Sepanyol.
Olivia Munn
- Foto – Business Insider
Lisa Olivia Munn adalah pelakon dan model. Dia terkenal dengan peranannya sebagai Mily Acuna dalam siri Beyond the Break. Bapanya berketurunan Inggeris, Jerman dan Ireland. Ibunya pula dilahir dan dibesar di Vietnam dan berketurunan Cina.
Shay Mitchell
- Foto – Glamour
Shay Mitchell terkenal menerusi wataknya sebagai Emily Fields dalam siri Pretty Little Liars. Bapa watak cantik ini berketurunan Scotland dan Ireland, manakala ibu dilahirkan di Filipina.
Devon Aoki
- Foto – Pinterest
Mula dikenali sejak membintangi filem 2 Fast 2 Furious dan Sin City, Devon berketurunan Jepun dari bapa dan Jerman dan Inggeris dari ibunya.
Norah Jones
- Foto – Rolling Stones
Merupakan penyanyi, penulis lagu, dan pemain piano terkenal di dunia. Bapa Norah Jones adalah maestro sitar terkenal India iaitu Ravi Shankar.
Nicole Scherzinger
- Foto – Media Village
Ibu Nicole berasal dari Hawaii dan merupakan separuh Rusia, manakala bapanya adalah Filipina.
Kate Beckinsale
- Foto – Insider
Merupakan satu-satunya anak pelakon Richard Beckinsale, yang berasal dari satu suku Burma.
Chanel Iman
- Foto – Goodtoknow
Model Victoria’s Secret Chanel mempunyai keturunan Korea dari ibunya. Manakala bapa pula dari Afrika-Amerika.
Naomi Campbell
- Foto – The Independant
Supermodel hebat ini berketurunan Jamaica dan Cina-Jamaica melalui datuk neneknya, yang membawa nama keluarga “Ming.”
Maggie Q
- Foto – WildAid
Model-turned-actress terkenal menerusi siri Nikita dan filem Mission Impossible 3. Bapanya berketurunan Ireland dan Poland dan ibunya adalah pendatang Vietnam.
Untungkan mereka. No wonder cantik semacam.