BTS Jimin sokong gender equality?
Antara topik hangat dan menjadi perbualan dikalangan ARMY BTS sejak lima bulan lalu hingga ke hari ini, adalah bagaimana BTS Jimin tidak berat sebelah dan memilih kasih antara jantina, maskulin dan feminin.
Berdiri di pentas hiburan bukannya mudah dan banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum mengutarakan kata-kata, terutama mengenai topik berkaitan kewanitaan dan kelakian.
Tapi tidak bagi idol yang satu ini, di mana dirinya tidak mahu mengikuti ‘silent rule’ atau norma kebiasaan yang masyarakat fikirkan.
Bukan itu saja, banyak lagi faktor lain mengapa BTS Jimin paling disayangi Army!
Berani & Outspoken
- Foto – Arkib Wanista
Melihat sikap berani dan outspoken Jimin dalam menyuarakan isu feminin dan kelakian sepanjang perjalanan kerjayanya kepada peminat, menjadikan dirinya antara idol yang paling disayangi ramai peminat ARMY.
Tidak Berpura-pura
- Foto – Arkib Wanista
Tidak seperti selebriti lelaki lain yang takut dan risau menampilkan ciri feminin diri, Jimin lebih selesa menjadi diri sendiri daripada berpura-pura dan menerima sisi feminin dan kelakian yang ada pada dirinya.
Maskulin Dan Feminin Tiada Sempadan
- Foto – Arkib Wanista
Kebolehan Jimin dalam industri seni sememangnya tidak boleh disangkal lagi, apatah lagi semenjak dirinya debut dalam industri seni ini Jimin bijak mengengahkan elemen feminin dan maskulin dalam tarian, fesyen, mekap dan kecantikan.
Dan ini membuatkan peminat BTS memandang tinggi pada Jimin, kerana pembawaannya terhadap dua elemen ini sangat bersahaja dan tidak mempunyai sempadan.
Sokong Gender Equality
https://www.youtube.com/watch?v=BrqocuzkHwE&feature=youtu.be
Berdasarkan rakaman video di YouTube yang dimuatnaik oleh saluran YouTube jkcomets ini, Jimin memberi pandangan terhadap isu jantina.
Dan dirinya lebih suka memilih gender equality, atau kesaksamaan jantina antara lelaki dan wanita tanpa membeza-bezakan mana-mana pihak.
Mahu Karakter BT21 Jantina Neutral
- Foto – Arkib Wanista
Sebelum kemunculan karakter BT21 yang popular dan comel di aplikasi Line dan dijadikan merchandise di outlet-oultet seluruh negara, ahli kumpulan BTS diajukan soalan adakah mereka lebih suka karakter BT21 jantina lelaki atau wanita.
Dan menjawab soalan tersebut, semua ahli kumpulan ingin karakter BT21 berkonsepkan neutral gender kerana ia juga merupakan karakter mesra rakan-rakan.
- Foto – Arkib Wanista
Fesyen Tidak Perlu Jantina
- Foto – Arkib Wanista
Ramai yang tahu Jimin juga merupakan salah seorang fesyen ikon dan dirinya tidak membiarkan faktor jantina menyekat kebebasannya dalam berfesyen.
Banyak fesyen-fesyen yang digayakan oleh Jimin menggabungkan elemen feminin dan maskulin, dan Jimin sendiri lebih selesa menampilkan fesyen sebegitu.
Kompilasi Fesyen Feminin Yang Jimin Pernah Gayakan
Sumpah Cute Dengan Gaya Sweet Pink
- Foto – Arkib Wanista
Denim Jumpsuit Yang Comel
- Foto – Arkib Wanista
Terserlah Aura Feminin Dengan Gaya Sempoi
- Foto – Arkib Wanista
Serasi Gila Dengan Sweatshirt Warna Ungu, Pink Dan Putih
- Foto – Arkib Wanista
Playfull Dengan T-shirt Bodyfit Warna Putih
- Foto – Arkib Wanista
Kalau nak bercerita mengenai BTS Jimin, memang sampai esok pun belum tentu habis. Tapi memang tabik habislah dengan Jimin sebab berani mengengahkan elemen kewanitaan dan kelakian tanpa rasa janggal dan kekok, kerana ia menampilkan gaya dan diri sebenar idol popular ini.