Tiba-tiba meja berlambak dengan kerja yang menanti, kopi sentiasa menjadi peneman untuk hilangkan mengantuk. Pukul 3 petang dah rasa nak tidur, mata dah semakin layu. Setiap hari berdepan dengan perkara yang sama, sampai kamu jadi fed up.
Jadi nak buat macam mana? Betul, kopi ataupun coklat dapat hilangkan semua ini, tapi mesti ada cara lain juga yang membantu meningkatkan tenaga instantly.
Tengok benda berwarna merah
- Foto – Arkib Wanista
Contohnya seperti gambar atau sejambak bunga. Pastikan ada sesuatu yang berwarna merah yang menghiasi meja anda. Kajian menunjukkan dengan melihat warna merah, boleh membantu anda kekal fokus kepada tugas malah memberikan semangat.
Chewing gum
- Foto – Daily Meal
Apabila anda mula rasakan penurunan tenaga, anda boleh cuba mengunyah sugar-free mint gum – ia adalah satu cara yang terbukti untuk memerangi rasa mengantuk siang hari.
15 minit nap
- Foto – Sleep Council
Kalau boleh cuba ambil 15 minit nap, ianya membantu anda menenangkan fikiran. Jangan pulak sampai terlajak, habis kerja tak siap.
Senaman ringan
- Foto – Bodypusher
Regangan (walaupun anda hanya berdiri di sebelah meja anda). Beberapa pergerakan yoga boleh memerangi kemurungan dan keresahan.
Postur badan
- Foto – Upright
Jika tenaga anda turun sepanjang hari, ia mungkin disebabkan oleh postur anda. Kajian oleh San Francisco State University, pelajar yang agak membongkok mengalami penurunan tenaga sepanjang hari berbanding dengan pelajar yang menjaga postur badan dengan tepat.
Udara luar
- Foto – Base
Bayangkan merenung skrin komputer selama lapan jam, tidak hairanlah anda berasa penat dan layu. Cuba keluar dari pejabat, hirup udara segar lihat pemandangan luar, ianya membantu anda rasa lebih bertenaga.
Tonton video lucu
- Foto – Clarity Clinic
Kajian menunjukkan bahawa ketawa boleh membantu anda berjaga. Tiada sebab untuk anda tidak lakukannya. Rehat sebentar dan tontonlah video.
Buka lampu dan tingkap
- Foto – Design
Rasa pejabat agak suram, gelap, dingin? Cuba hidupkan setiap lampu dan buka tingkap. Pendedahan kepada cahaya yang terang akan memerangi perasaan mengantuk.
Makan badam
- Foto – Joyful
Kacang mengandungi megnesium, yang akan membantu badan anda memecahkan glukosa kepada tenaga. Stick dengan yang mentah, badam tanpa garam untuk snek tengah hari yang sihat.
Kudapan coklat
- Foto – Thermo
Amalan memakan coklat ini bisa merangsang hormon yang membuatkan manusia berasa tenang dan kekal ceria.
Semoga hari-hari anda berjalan dengan baik dan penuh keberkatan. Selamat Beramal!