Makanan

Jalan-Jalan Cari Makan #Cameron Highlands, 12 Tempat Wajib Cuba!

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Jalan-Jalan Cari Makan #Cameron Highlands, 12 Tempat Wajib Cuba!

Bila datang ke tempat orang, wajiblah kalau kita merasai hidangan tempatan di sana. Sebab itu, entry kali ini, Wanista nak kongsi beberapa tempat best khususnya untuk menjamu selera kalau anda sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands.

Bayangkan dengan cuaca berawan yang sejuk menikmati teh panas dan makan scones, memang nikmat. 12 di bawah antara tempat makan paling best menjadi pilihan warga tempatan.

IKLAN

1. Aidilbadri Strawberries, Taman Kampung Sedia

Foto – Arkib Wanista

Di sini paling popular ialah Strawberry Waffle yang dihiasi dengan aiskrim buatan sendiri melazatkan serta scones sedap dimakan panas.

2. Jim Thompson Tea Room, Brichang

Foto – Arkib Wanista

Terkenal dengan variasi teh paling eksklusif dengan hidangan tiga tingat – ada sandwich, scones dan macam-macam pemanis mulut.

3. Bamboo Briyani Glory 78, Tanah Rata

Foto – Arkib Wanista

Juadah menarik paling sedap ialah briyani ayam dan kambing dimasak dalam buluh.

4. Y.A.Z Steamboat N” Grill, Tanah Rata & GoldenHills

Foto – Arkib Wanista

Restoran ini menawarkan lebih 120 item steamboat dan bakar, kesemuanya segar-segar belaka.

5. KHM Strawberries & Jams, Taman Kampung Sedia

Foto – Arkib Wanista

Di sini paling popular ialah Mee Kari istimewa air tangan sendiri dan Teh Ais Strawberry.

6. Opah Strawberries & Jams, Taman Kampung Sedia

Foto – Arkib Wanista

Datang sini kena cuba menu Nasi Lemak Strawberry dan Aiskrim Strawberry.

7. Cameron Valley Tea House, Tanah Rata

Foto – Arkib Wanista

Sambil menikmati hidangan teh bersama scones dan aneka pastri, anda boleh cuci mata melihat keindahan ladang teh yang menyegarkan.

8. YZ Agro Farm, Taman Kampung Sedia

Foto – Arkib Wanista

Paling sedap ialah variasi scones, ada 4 jenis perisa dan Patin Tempoyak Strawberry.

IKLAN

9. Yong Teng Cafe, Tanah Rata

Foto – Arkib Wanista

Menyediakan juadah sarapan seperti Penkek Strawberry, Roti Bakar dan Nasi Lemak.

10. Tiny Boutique Cafe, Taman Kampung Sedia

Foto – Arkib Wanista

Istimewanya pizza dibakar panas-panas dengan ketuhar batu-bata, jadi bayangkan keju yang ditarik bila masuk ke mulut.

11. Mr. Aisu, Brinchang

Foto – Arkib Wanista

Pakar dalam aiskrim buatan tangan menggunakan perisa tempatan. Perisa paling favorite adalah Musang King.

12. Opah Farm, Taman Kampung Sedia

Foto – Arkib Wanista

Tempat popular kalau nak beli Jagung Susu dan Jagung Mutiara.

Jadi, bila ke Cameron Highlands jangan lepaskan peluang ke sini. Jom kita cuti-cuti Malaysia!