Kesihatan

Apa Akan Jadi Pada Badan Kalau Kita Makan Roti Yang Dah Berkulat

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Apa Akan Jadi Pada Badan Kalau Kita Makan Roti Yang Dah Berkulat

Kamu termakan roti yang berkulat tanpa sedar atau memang sengaja makan sebab tak nak membazir, tahu tak apa akan jadi pada badan kalau makan roti yang berkulat begitu.

Makan makanan yang berkulat pastinya akan memberi kesan kepada kesihatan dan memudaratkan tubuh badan, jadi ini yang akan berlaku pada tubuh apabila kamu memakan roti berkulat.

Rasa Loya Dan Muntah

Apabila kamu termakan atau sengaja makan roti yang sudah berkulat ini, ia akan membuatkan diri kamu berasa loya dan muntah-muntah.

IKLAN
Foto – Health GadgetsNG

Reaksi Alahan

Menurut doktor Rudolph Bedford yang merupakan pakar gastroenterologist di pusat kesihatan wilayah Saint John berkata, ada sesetengah individu yang sensitif akan mengalami tanda-tanda alahan selepas memakan roti berkulat tersebut.

Foto – Arkib Wanista

Masalah Pernafasan

Elakkan menghidu roti yang telah berkulat tersebut kerana semasa menghidu kulat tersebut, liang pori di hidung akan terbuka lalu menyebabkan berlaku masalah pernafasan.

Hal sebegini boleh berlaku pada mana-mana individu dan ianya boleh menjadi teruk bagi individu yang mempunyai masalah penyakit asma.

Foto – Penn Medicine

Hilang Selera Makan

Bagi yang makan roti berkulat diri kamu akan mula rasa loya dan muntah-muntah, dari situ secara tidak langsung membuatkan kamu berasa hilang selera makan.

Foto – Better Help

Hilang Tenaga

Tubuh kamu juga akan kehilangan banyak tenaga, kerana muntah dan loya selepas memakan roti berkulat tersebut. Bukan itu saja, badan akan mula rasa lesu dan tak larat, bagi individu yang sensitif.

Foto – Healthline

Tips Penjagaan Kesihatan

Kamu harus peka terhadap apa jua jenis makanan yang kamu nak makan, bukan terhad kepada roti sahaja. Ini beberapa tips penjagaan kesihatan yang kamu boleh amalkan bagi mengelak berlakunya hal seperti ini.

  • Sebelum makan, periksa roti dan makanan yang kamu ingin makan.
  • Lihat tarikh luput, jika telah tamat tempoh terus buang meskipun roti tersebut dalam keadaan baik.
  • Simpan roti dengan baik agar kulat tidak mudah membiak di permukaan roti.
Foto – Healthline

Sebenarnya tidak kira roti atau makanan lain, sebelum makan pastikan kamu periksa dahulu untuk memastikan tiada kulat membiak pada roti.

Meski tiada kes kematian yang berlaku kerana memakan roti yang berkulat, tetapi ia tetap memberi kesan pada kesihatan diri jadi jagalah kesihatan dengan baik.

IKLAN

Rujukan: 1, 2, 3,