Kecantikan

Mandi Bunga Naikkan Aura Wanita, Benar Atau Tidak

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Mandi Bunga Naikkan Aura Wanita, Benar Atau Tidak

Mandi bunga boleh naikkan aura dan seri wanita, betul ke?

Amalan mandi bunga ini sebenarnya tidak asing lagi dalam budaya masyarakat di Asia, orang dahulu-kala percaya bahawa amalan mandi bunga ini berkesan bagi menaikkan aura seri wanita, membuang aura negatif diri dan memulihkan semangat.

Tapi pokok-pangkalnya di sini, benarkah amalan mandi bunga ini benar-benar berkesan? Nak tahu sama ada jawapan, jom teroka bersama penulis.

IKLAN

Diri Jadi Lebih Bersemangat

Foto – TripAvisor

Menerusi pengalaman ahli keluarga dan diri penulis sendiri, mandi bunga ini memang berkesan membuatkan diri jadi lebih bersemangat dan segar.

Ini kerana campuran bunga-bunga pilihan yang berwarna-warni secara tidak langsung merawat dan menjadi terapi minda semasa mandi.

Tubuh Rasa Lebih Segar

Foto – Kompasiana

Untuk makluman bunga-bungan merupakan tumbuhan yang paling banyak menyerap cahaya matahari, dan mengandungi banyak khasiat tersembunyi.

Kemudian apabila berendam dalam tab mandian bersama campuran bunga-bunga ini, segala khasiat yang terdapat di dalam bunga akan meresap masuk ke dalam tubuh dan sekaligus membuatkan tubuh jadi lebih segar serta berseri dari dalam.

Diri Jadi Lebih Berkeyakinan

Foto – Pesona Pengantin

Apabila tubuh dalaman menjadi segar, bersemangat dan berseri, secara tidak langsung membuatkan diri secara perlahan-lahan lebih berkeyakinan dari biasa.

Aura Dalaman Terserlah

Foto – Arkib Wanista

Mandi bunga memang boleh menyerlahkan aura dalaman wanita, dengan mandian dari pelbagai jenis bunga-bungan yang berlainan jenis ini mempunyai manfaat dan fungsi tersendiri bagi menaikkan aura diri.

Tambahan lagi, dengan mengamalkan mandi bunga secara tindak langsung kita juga akan jadi lebih positif, tenang dan cergas dalam melaksanakan apa jua tugasan.

IKLAN

Variasi Bunga Yang Digunakan Dalam Mandi Bunga

Foto – Health Is Wealth

Bunga mana yang sering digunakan dalam amalan mandi bunga ini, dan apa pula fungsi bunga-bunga tersebut dalam amalan mandi bunga ini? Jom lihat di bawah.

  • Bunga kenanga – menaikkan seri dan membuatkan diri senang didekati
  • Bunga cempaka putih – melembutkan dan mewangikan badan
  • Bunga cempaka kuning – menyerikan wajah dan mewangikan badan
  • Bunga mawar merah – membuatkan diri jadi lebih berani dan berkeyakinan
  • Bunga mawar putih – menyegarkan dan menyucikan badan agar jadi lebih berseri
  • Bunga melur putih kuning – menyucikan dalaman diri
  • Limau purut – membuang kotoran dan pori agar aura dan seri bunga dapat meresap masuk ke dalam tubuh dengan mudah

Mandi Bunga Dalam Islam Di Benarkan

Foto – Arkib Wanista

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan mandi bunga dibenarkan dengan syarat ia tidak disertakan dengan unsur syirik dan khurafat.

Tambahan lagi, amalan mandi bunga adalah bertujuan untuk sebagai ikhtiar diri bagi mendapatkan kesihatan badan, kesegaran dan terapi untuk memulihkan semangat.

Kamu dah pernah cuba mandi bunga? Kalau belum, bolehlah cuba mandi bunga di hujung minggu ini nanti di spa memang tak rugi cuba.

Rujukan: 1, 2,