Makanan

Ini Sebab Nasi Kukus Lagi Sedap Dari Nasi Biasa

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Ini Sebab Nasi Kukus Lagi Sedap Dari Nasi Biasa

“Wow, sedapnya rasa nasi kukus yang mak masak hari ini. Kenapa nasi kukus lagi sedap dari nasi biasa mak?”

Pernah tak kamu terfikir mengapa rasa nasi yang di masak secara kukus lagi sedap berbanding nasi yang di masak secara biasa saja.

Cara masakan nasi menggunakan kaedah mengukus ini sebenarnya telah lama wujud, cuma tak ramai yang mengamalkan gaya masakan sebegini kerana ramai yang menganggap cara masakan sebegini sangat leceh.

IKLAN

Tapi bagi individu yang masih mengamalkan gaya masakan begini, pastinya ada rahsia tersembunyi yang mana ramai tak tahu kebaikannya bukan.

Ikuti kupasanya bersama penulis hari ini.

Rasa Nasi Yang Lebih Enak

Foto – Arkib Wanista

Nasi merupakan makanan ruji kita semua tanpa mengira bangsa, agama mahupun warna kulit, pelbagai gaya masakan menggunakan nasi telah tercipta.

Tapi tiada apa yang boleh tandingi rasa nasi kosong yang di masak secara kukus ini, kerana dengan masakan sebegini rasa asli nasi tetap kekal dan rasanya juga sangat lazat.

Nasi Yang Lembut Dan Mudah Di Hadam

Foto – Insider

Nasi yang di masak secara kukus ini di masak mengikut sukatan tersendiri dan kemudian di masak dalam periuk kukus, wap yang terhasil dalam periuk tersebut juga membantu nasi menjadi masak dan menjadi lebih lembut dari nasi yang di masak secara biasa.

Dan paling penting apabila mengunyah nasi dalam mulut ia memberikan rasa yang enak, mudah untuk di telan dan mudah untuk di hadam dalam perut.

Nasi Tidak Berkerak

Foto – Arkib Wanista

Tidak seperti nasi yang di masak dalam periuk elektrik yang berkerak, nasi yang di masak secara kukus tidak mempunyai masalah seperti itu.

Bagi yang tidak suka membazir makanan, maka kaedah masakan nasi dengan cara mengukus adalah yang terbaik di samping menikmati rasa enak nasi putih yang empuk.

IKLAN

Sedap Dan Menyihatkan

Nasi yang di masak dengan cara mengukus sebenarnya lebih bagus, sedap dan menyihatkan, ini kerana nasi yang di masak dengan cara ini menyerap air yang terhasil dari wap ke dalam nasi mengikut kuantiti yang diperlukan.

Jangka Masa Masak, Mengikut Kuantiti

Foto – Arkib Wanista

Mesti ramai yang ingat cara masa nasi kukus ini lama, sebenarnya ia bergantung pada kuantiti yang kamu nak masak dalam periuk.

Biasanya untuk satu mangkuk nasi untuk seorang makan hanya perlukan satu pot beras, dan ia memerlukan lebih kurang 15-20 minit untuk masak.

Bagi kuantiti yang agak banyak seperti satu periuk nasi bersaiz besar dalam tiga ke empat pot beras, memerlukan 25-30 minit sahaja untuk masak.

Cara Masak Nasi Kukus Yang Mudah

Bagi yang nak belajar masak nasi kukus sebenarnya mudah sangat, cuma kamu kena rajin sikitlah sebab kena jaga api dapur. Ikuti caranya di bawah.

Cara masak untuk seorang makan:

  • Ambil satu cawan beras dan bilas beras sehingga bersih.
  • Kemudian masukkan beras yang sudah di bilas dalam mangkuk, dan kemudian ambil satu cawan air dan tuang dalam mangkuk beras tersebut.
  • Selepas itu letak mangkuk berisi beras dalam periuk mengukus, tutup periuk dan masak selama 15-20 minit.
  • Nasi kukus dah siap masak dan sedia untuk di makan.

Jom cuba masak nasi kukus untuk hidangan malam nanti mesti kamu tak berhenti makan percayalah, selamat mencuba!