Fesyen

Tiru Gaya Pemakaian Untuk Kelihatan Lebih Muda

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Tiru Gaya Pemakaian Untuk Kelihatan Lebih Muda

Setiap wanita pasti mahu kelihatan muda sentiasa. Namun, anda perlu tahu had agar tidak kelihatan pelik dek kerana tersilap memilih pakaian yang tidak sesuai dengan diri.

Wanista harap, senarai panduan ringkas ini berfungsi untuk membantu anda yang ingin mencuba.

IKLAN

Pilih Warna Yang Lembut & Cerah

Foto – Arkib Wanista

Pasti membuatkan anda kelihatan muda. Warna yang seperti ini secara tidak langsung mampu menebarkan aura berseri kepada wajah anda. Jika anda sukakan warna gelap, anda boleh cuba gaya mix and match kedua warna cerah dan gelap kegemaran anda itu mengikut kesesuaian.

Sesuaikan Tubuh Dengan Jenis Pakaian

Foto – Arkib Wanista

Jangan terlalu sempit atau longgar dengan bentuk badan anda. Seluar pula perlu ikut ukuran kaki atau bermotifkan lurus dari atas ke bawah agar memberi kelangsingan pada kaki anda.

Rekaan Fabrik Polos

Foto – Arkib Wanista

Sudah mencukupi jika anda mengenakan pakaian polos berwarna cerah. Namun, jika anda masih gilakan fabrik yang bermotif atau bercorak, elakkan dari mengenakan pakaian yang mempunyai cetakan terlalu berat di mata. Motif yang kecil sudah memadai untuk buat anda kelihatan bergaya dan muda.

Pemilihan Aksesori Sebagai Penyeri Gaya

Aksesori amat penting dalam gaya pemakaian sehari-hari kerana ia sedikit sebanyak mampu mengubah gaya seseorang -walaupun anda telah memakai pakaian yang sama saban hari dari pagi hinggalah ke malam.

Foto – Arkib Wanista

Jika mahu kelihatan muda, elakkan dari memakai aksesori berat atau bersaiz agak besar. Tampil dengan hanya dua atau tiga aksesori tanpa berlapis-lapis adalah lebih baik untuk gaya minimalis bersahaja.

Semoga tips ini membantu anda mengenakan pakaian yang menepati citarasa dan memberi keyakinan pada diri.