Tips - Kecantikan

Lihat Cara Model Korea Guna Sudu Sejuk Atasi Mata Sembap

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Lihat Cara Model Korea Guna Sudu Sejuk Atasi Mata Sembap

Setiap orang mengalami mata sembap. Bangun tidur di pagi hari, lihatlah wajah di cermin dan memang terserlah mata sembap. Mengalami mata sembap adalah normal dan tidak merbahaya.

Mata sembap adalah keadaan di mana bengkak kecil pada bahagian bawah mata. Tisu di sekeliling mata, termasuklah otot-otot yang memberi sokongan kepada kelopak mata semakin lemah. Lemak yang membantu untuk menyokong mata akan beralih ke bahagian kelopak mata bawah, menyebabkan ia kelihatan bengkak.

IKLAN
Foto – Edwin Lim

Terdapat banyak krim mata dan topeng muka di pasaran yang membantu mengurangkan penampilan mata sembap, tetapi percaya atau tidak, sudu sejuk adalah trik terbaik.

Letak Sudu Sejuk Di Bawah Mata

Model Korea terkenal Irene Kim yang berkongsi rutin kecantikan di Vogue mendedahkan dia menggunakan sudu sejuk setiap hari untuk mengatasi bengkak. Ini adalah muslihat mudah yang tidak lebih dari 60 saat.

“Ini adalah alat kecantikan rahsia saya. Anda tidak perlu alatan mewah. Saya menyimpannya dalam peti sejuk selama beberapa minit dan kemudian apply ke mata. Ini sangat membantu peredaran darah dan saluran limfa berfungsi.

Foto – Arkib Wanista

Meletakkan sudu sejuk yang bersih dapat membantu meredakan mata yang bengkak. Hal ini kerana kesejukan sudu membantu saluran darah berkerja.

Bengkak akibat pengekalan cairan, dapat dikurangi dengan cepat melalui suhu dingin, sementara tekanan sudu (terutama dengan gerakan mengurut lembut) dapat mengaktifkan tindak balas semula jadi tubuh untuk mengalirkan cecair yang terkumpul di bawah mata.

Sudu sejuk juga dapat mengurangkan kegatalan di kawasan mata. Di mana kesan penyejukan dari sudu membantu mengurangkan rasa kegatalan, yang hanya memburukkan keadaan mata yang bengkak akibat menggosoknya.

Jadi, anda juga boleh mencuba cara ini. Sejukkan sudu dalam peti sejuk semalaman. Letak sudu tersebut pada mata yang sembap pada bahagian bawah mata.

RUJUKAN : 123

IKLAN