Fesyen

Fesyen Jalanan Yang Up-To-Date Dengan Kangol X H&M Feat Mabel

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Fesyen Jalanan Yang Up-To-Date Dengan Kangol X H&M Feat Mabel

Siapa dekat sini suka gaya jalanan yang up-to-date dan sangat fashionable? Angkat tangan!

Kini Kangol X H&M iaitu sebuah lagenda dalam pakaian jalanan yang bergaya telah berkolaborasi dengan Mabel, seorang artis United Kingdom dalam koleksi kali ini.

IKLAN
Foto – H&M

Koleksi yang sempurna ini dihasilkan untuk generasi self-made seperti Mabel iaitu segar, asli dan menyeronokkan. Menonjolkan personaliti yang unik dalam generasi sekarang, koleksi ini lengkap dengan pelbagai jenis pakaian dan aksesori yang mencerminkan fesyen jalanan yang trending.

Foto – Arkib Wanista

Terdiri daripada hooded puffer jacket dan long puffers kepada slouchy cardigans serta sweater yang disulam dengan jenama dan logo Kangol. Koleksi ini juga mempunyai cropped rollneck sweaters dalam warna krim atau jalur berwarna, oversized logo T’s dan long-sleeve stretch midi-dress yang sangat cantik!

Foto – Arkib Wanista

Bagi Mabel sendiri, beliau juga hasilkan beberapa jenis pakaian iaitu slip dress dan joggers yang mempunyai logo Kangol.

Selain pakaian, koleksi Kangol X H&M feat Mabel juga mempunyai aksesori seperti bucket hat yang popular, beanies dan beanie pompom.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Terdapat juga beg boxy cross-body dengan tali, kasut, stokin dan scrunchies yang mempunyai jenama dan logo Kangol untuk melengkapkan gaya jalanan anda!

Foto – Arkib Wanista

Cantik sangat kan koleksi Kangol X H&M feat Mabel ini, jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan secara dalam talian dan di kedai H&M terpilih bermula hari ini, 17 September 2020.

[BELI]

IKLAN