Gara-gara serangan pandemik Covid-19 penggunaan pelitup muka mendapat permintaan yang sangat tinggi di seluruh negara.
Meskipun pemakaian pelitup muka kini telah menjadi satu kewajipan dalam kehidupan harian kita, tetapi pakar perubatan juga berharap lebih ramai orang memakai face shield apabila keluar dari rumah.
Isunya di sini apa kebaikan memakai face shield, apakah memakai pelitup muka tidak cukup bagi melindungi diri? Ikuti kupasannya di bawah.
Memudahkan Urusan Pemeriksaan Perubatan
- Foto – Cleveland Clinic’s Health Essentials
Bagi sudut pandangan perubatan individu yang memakai face shield ketika datang untuk mendapatkan rawatan dapat memudahkan urusan serta tugas doktor untuk membuat pemeriksaan terhadap pesakit.
Selain itu, doktor juga dapat melihat wajah serta ekspresi pesakit dan dalam masa yang sama doktor juga dapat memahami tahap emosi atau mental pesakit dengan lebih mudah dan jelas.
Tugas-Tugas Lain Lebih Lancar
- Foto – Arkib Wanista
Pemakaian face shield ini juga memudahkan urusan dan tugas-tugas kerja yang lain seperti melayan pelanggan, menghidang makanan kepada pelanggan, urusan nak makan dan minum juga menjadi lebih mudah dan selesa.
Bukan Setakat Orang Dewasa, Bayi Juga Boleh Pakai
- Foto – Arkib Wanista
Tidak seperti pelitup muka, face shield lebih selamat digunakan pada bayi yang baru lahir dan ini secara tidak langsung bayi juga mendapat perlindungan yang sama seperti orang dewasa.
Lebih Mudah Di Selenggara
- Foto – Inceptive Mind
Penggunaan face shield sangat bagus kerana ia mudah di selenggara atau dengan erti kata lain ia mudah di jaga, kerana face shield ini boleh digunakan berulang kali.
Dan paling penting pengguna hanya perlu lap menggunakan air biasa, air sabun atau gunakan sanitizer bagi membersihkannya sebelum guna.
Lebih Terjaga
- Foto – CBS News
Perasan tak apabila kita memakai pelitup muka, kadang kala tanpa sedar tangan kita akan menyentuh pelitup muka tersebut dan secara tak langsung menyentuh kulit muka.
Tetapi dengan memakai face shield, ia dapat menghalang atau mengekang pergerakan tangan yang ‘gatal’ ingin menyentuh muka.
Keselesaan Terjamin
- Foto – Health News
Selain itu, pemakaian face shield juga dapat memberi keselesaan kepada pengguna dan ianya lebih terjaga berbanding pelitup muka.
Tidak dinafikan pelitup muka kadang kala akan membuatkan pengguna berasa kurang selesa, tetapi dengan memakai face shield ia akan membuatkan pengguna berada dalam zon selesa.
Terhindar Dari Sebarang Percikan Atau Titisan Air
- Foto – Arkib Wanista
Jika kita lihat kini di Malaysia sedang menghadapi musim hujan yang membasahi seluruh negeri, dan pastinya apabila keluar rumah kita tidak boleh lari dari terkena tempias air hujan bukan?
Dan pelitup muka yang dipakai mudah terkena dan menyerap air hujan jika terkena, oleh itu dengan memakai face shield ia dapat melindungi pelitup muka dari terkena percikan atau titisan air dengan mudah.
Face Shield Lebih Mudah Dihasilkan
Berbanding pelitup muka, face shield lebih mudah dihasilkan dan bahan-bahannya juga cukup ringkas. Apa yang penting ia tidak memerlukan kos yang banyak. Nak buat face shield di rumah, jom tengok cara diy di bawah.
Jika kamu inginkan perlindungan yang berganda, maka pemakaian face shield ini adalah yang terbaik untuk kamu.