Kecantikan

Maybelline Bawa Masuk Gincu Matte Edisi Kopi, Serius Best!

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Maybelline Bawa Masuk Gincu Matte Edisi Kopi, Serius Best!

Sekiranya anda menggemari gincu cecair dengan kemasan matte, this new range dari Maybelline confirm buat para wanita gila.

Maybelline cukup popular dengan koleksi SuperStay Matte Ink Liquid kembali dengan penambahan baru, kali ini untuk Coffee Edition.

Maybelline Coffee Edition SuperStay Matte Ink

Apa yang best dan lainnya? Coffee Edition SuperStay Matte Ink terdiri daripada lima warna yang indah yang agak gelap dan nude.

IKLAN
Foto – Makeup Muddle

Digambarkan sebagai sangat sempurna. Formula dengan kemasan matte cecair kekal selesa hingga 16 jam. Anda makan dan minum, gincu masih terletak elok di bibir.

Rumusannya tahan lama, tidak kering dan memberikan kemasan matte yang sempurna dalam nuansa kopi yang terinspirasi dengan aroma kopi yang enak juga.

Terdiri daripada lima pilihan warna menawan seperti:

  • Chai Genius
  • Hazelnut Hypnotizer
  • Caramel Collector
  • Cocoa Connoisseur
  • Mocha Inventor
Foto – Arkib Wanista

Best Tapi Ramai Cakap Susah Nak Tanggal

Banyak juga penulis dengar complain tentang koleksi SuperStay Ink yang susah nak tanggal. Maybelline mengesyorkan anda guna Maybelline SuperStay Eraser Lipstick Remover setiap kali nak bersih, kerana formula ini sangat tahan lama.

Untuk info lanjut, boleh semak laman web rasmi Maybelline Malaysia [SINI].