Filem Mulan yang sedang rancang ditayangkan di pawagam dalam dan luar negara kini, menerima kecaman yang teruk oleh penonton panggung terutama dari rakyat di tanah besar China.
Rata-rata yang telah menonton filem adaptasi animasi Mulan 1998, meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Disney yang ‘mencorakkan’ filem Mulan dengan penuh dengan elemen ‘berat sebelah’.
Stereotype
- Foto – Disney Australia
Kebanyakan rakyat China menyuarakan pandangan mereka bahawa filem Mulan yang dihasilkan oleh syarikat barat ini bersifat stereotype, filem ini lebih banyak mengetengahkan pandangan negara barat terhadap budaya negara China dan bukannya berpandukan realiti sebenar.
Feminism Di Pandang Rendah
- Foto – Culturess
Ramai yang tahu karakter Mulan diangkat sebagai hero wanita, yang mana dirinya sanggup berkorban demi keluarga dan negara dengan keluar berperang.
Namun dalam filem ini jalan cerita atau plot karakter yang tidak konsisten membuatkan elemen feminism dalam filem Mulan ini jadi tidak bernilai.
Konsep Filial Piety Di Salah Erti
- Foto – Daily Mail
Di negara China amalan filial piety atau hormat pada ibu bapa dan orang tua merupakan aspek yang sangat di pandang tinggi di negara tanah besar ini, dan segala nilai moral serta karakter individu dipandang berat.
Tetapi di sebalik filem Mulan ini, apa yang ditayangkan adalah kontra dari konsep tersebut di mana penonton dapat lihat ibu bapa Mulan menunjukan sikap tidak kisah apabila Mulan lari dari rumah, atau mencuri barang yang ditonjolkan dalam filem ini.
Elemen Seni Mempertahankan Diri Lemah
- Foto – Mulan
Ada juga pemonton yang memberi kritikan terhadap elemen seni mempertahankan diri yang ditonjolkan dalam filem Mulan ini, seperti yang sedia maklum selain watak Mulan elemen kedua penting dalam cerita ini adalah martial arts yang menjadi tulang belakang cerita.
Tetapi sayangnya adegan seni mempertahankan diri yang ditayangkan dalam filem ini sangat lemah dan tidak berjaya mengekspressikan babak tersebut dengan baik.
Meski banyak yang memberi kritikan dan kecaman terhadap filem ini, ada juga yang memberi pandangan sebaliknya yang mana kualiti kerja dan kesan cinematography yang gempak membuatkan filem ini berbaloi untuk di tonton.
Apa-apa pun pandangan dan selera masing-masing berlainan, ada yang suka dan sebaliknya. Kamu dah tonton filem Mulan, apa pandangan kamu?