Kesihatan

Pad Detox Kaki Betul Ke Berkesan Atau Scam Semata-Mata?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Pad Detox Kaki Betul Ke Berkesan Atau Scam Semata-Mata?

Pad detox kaki telah berada di pasaran sejak lebih 10 tahun lalu, dan sehingga kini pad detox kaki ini masih berada di pasaran tempatan dan juga luar negara.

Sebut saja pad detox kaki pasti keluar pelbagai jenis jenama seperti Kinohimitsu, NutriWorks Flexi Patch, Jun Gong Detox Foot Patch, Kiyome Kinoki Cleasing Detox Foot Herbal dan banyak lagi, menjadi buruan ramai.

Hal ini berlaku kerana mesej pemasaran yang mendakwa pad detox kaki ini, dikatakan berkesan membuang toksin dalam badan menerusi tapak kaki dengan hanya menampal pad detox tersebut.

IKLAN
Foto – Medical News Today

Namun masih tiada bukti saintifik yang menyokong mahupun membuktikan bahawa pad detox kaki ini, benar-benar berkesan atau hanya scam semata.

Ini antara rumusan dan perbincangan pakar perubatan tentang pad detox kaki.

Tiada Bukti Badan Bertindak Balas Dengan Pad Detox Kaki

Foto – Ali Express

Menurut profesor madya merangkap pengamal perubatan penjagaan holistik Debra Rose Wilson, berkata tiada bukti menunjukkan tubuh badan memberi tindak balas pada pad detox tersebut.

Kebanyakan dakwaan menyatakan produk seperti ini mampu membuang logam berat, toksin, lemak dalam badan, merawat kemurungan, insomnia dan diabetes, sebenarnya adalah tidak betul.

Pad Detox Kaki Berubah Warna Selepas Guna, Toksin Keluar Atau..

Foto – Arkib Wanista

Menurut farmasi klinikal Dena Westphalen menyatakan pad detox kaki ini mengandungi bahan tertentu seperti tumbuhan, herba, mineral dan juga cuka.

Apabila pad ini ditampal pada tapak kaki, campuran antara peluh dan bahan-bahan dalam pad tersebut akan menyebabkan pad tersebut bertukar warna.

Jadi tidak hairanlah apabila mereka yang memakai pad kaki ini akan melihat pad tersebut berubah warna pada keesokan paginya.

IKLAN

Tak Ada Kesan Pada Tubuh

Foto – QS Quacquarelli Symonds

Mereka yang membeli pad detox kaki ini pastinya ingin menjaga kesihatan diri mereka sendiri, tapi apabila dah pakai pad detox ini tiada kesan pada kesihatan diri.

Tambahan lagi, pakar juga tidak menemui sebarang bukti saintifik yang menunjukan pad detox kaki ini benar-benar memberi manfaat pada kesihatan pengguna.

Manipulasi Pemasaran

Foto – Arkib Wanista

Ramai pakar bersetuju mesej pengiklanan dan pemasaran yang terlalu bagus dan menjadikan kesihatan seperti ini, merupakan satu bentuk manipulasi.

Dan ianya terlalu bagus umpama seperti mimpi, dengan hanya menggunakan satu produk sudah cukup memberi pelbagai kebaikan kesihatan.

Nak Detox Ada Cara Lain

Foto – Arkib Wanista

Jika ingin detox tubuh badan ada cara lain selain menggunakan pad detox kaki, seperti mengamalkan gaya hidup yang sihat, meningkatkan tabiat tidur yang baik, merendam kaki dalam air garam dan berpuasa.

Berdasarkan ulasan dan perdebatan pakar kesihatan, pad detox kaki tidak memberi sebarang kesan pada kesihatan, sebaliknya ia hanya suatu pembaziran.

Oleh itu, para pakar kesihatan menasihati jika nak detox cari produk yang telah menunjukkan bukti saintifik barulah berbaloi beli dan terjamin.

Rujukan: 1, 2, 3,