Sup cendawan merupakan menu makanan kegemaran ramai tidak mengira usia muda atau tua, mahupun dewasa dan kanak-kanak.
Jadi sesuai sangatlah hidangan ini disajikan untuk menu sarapan, tengah hari atau minum petang di hujung minggu ini, apa lagi jom masak sup cendawan lemak berkrim bersama Wanista hari ini.
Bahan-bahan
- 4 sudu makan mentega
- 1 sudu makan minyak masak
- 2 biji bawang besar di potong dadu
- 4 ulas bawang putih di cincang
- 750 gram cendawan butang di hiris
- 4 sudu teh daun thyme di cincang
- 1/2 cawan wine marsala (nak letak boleh, tak nak letak pun okay)
- 6 sudu makan tepung serbaguna
- 4 cawan air rebusan ayam atau daging
- 1-2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh lada hitam
- 2 kiub daging bouillon (kalau tak ada boleh ganti kiub bouillon ayam)
- 1 cawan heavy cream
- 1 sudu makan daun parsley segar di cincang
Cara masak
- Panaskan mentega dan minyak masak dalam periuk besar dengan api sederhana besar, kemudian Tumis bawang besar selama 2-3 minit sehingga lembut. Selepas itu masukkan bawang putih dan tumis selama 1 minit hingga naik bau.
- Masukkan cendawan dan 2 sudu teh daun thyme yang di cincang, masak selama 5 minit. Kemudian masukkan wine (kalau nak letak) masak selama 3 minit.
- Masukkan tepung serbaguna gaul rata bersama cendawan dan masak selama 2 minit.
- Kemudian masukkan air reburan daging atau ayam, garam, lada hitam dan kiub bouillon ke dalam periuk dan masak hingga mendidih dengan menggunakan api sederhana perlahan.
- Tutup periuk dengan penutup dan biarkan selama 10-15 minit, sambil gaul sup cendawan hingga menjadi pekat.
- Perlahankan api kemudian masukkan heavy cream dan gaul perlahan-lahan sehingga sebati, tambah garam dan lada mengikut rasa sendiri.
- Tabur daun parsley yang di cincang dan sedia untuk di hidang!
- Foto – Google
Senang bukan nak masak sup cendawan yang lemak berkrim seperti ini, tak payah guna yang ready made lebih sihat masak sendiri saja sup cendawan untuk diri dan ahli keluarga.
Selamat mencuba!