Info Menarik

Tahu Tak Perisa Aiskrim Boleh Gambarkan Personaliti Kita

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Tahu Tak Perisa Aiskrim Boleh Gambarkan Personaliti Kita

Vanila, Mint Chocolate Chip, Rocky Road? Mana satu perisa yang paling kamu suka?

Nak tahutak, melalui perisa kegemaran, kita boleh kenali personaliti seseorang. Menurut kajian yang dibuat oleh jenama aiskrim popular Baskin Robbins, perisa aiskrim kegemaran kita sebenarnya boleh menggambarkan personaliti diri kita. Kajian ini telah dilakukan oleh Dr. Alan Hirsh, pengasas Smell & Taste Treatment and Research Foundation.

Jom selidik kamu orangnya yang macam mana…

IKLAN

Vanila

Seorang yang impulsif, mudah dipengaruhi dan idealis.

Coklat

Seorang yang dramatik, ceria, menarik, genit, menggoda dan mudah tertipu.

Very Berry Strawberry

Seorang yang  bertolak ansur, setia dan pendiam.

Mint Chocolate Chip

Seorang yang suka berdebat, berjimat dan berhati-hati.

IKLAN

Chocolate Chip Cookie Dough

Seorang bercita-cita tinggi, berdaya saing dan berwawasan.

Rainbow Sherbet

Seorang yang lebih analytical, tegas dan pesimis.

Cip Coklat

Seorang yang murah hati, cekap dan sentiasa bersedia.

Rocky Road

Seorang yang agresif, menyenangkan dan pendengar yang baik.

Pralines n’Cream

Seorang yang penyayang, dan memahami dan tidak sukakan perhatian.

Jamoca

Seorang yang teliti, sangat berwaspada dan mementingkan kesempurnaan moral.

Kamu suka perisa yang mana satu? Jengjengjeng…