Hiburan

Blinks Tak Sabar Tunggu Dokumentari Blackpink Di Netflix Oktober Ini

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Blinks Tak Sabar Tunggu Dokumentari Blackpink Di Netflix Oktober Ini

Dokumentari BLACKPINK: Light Up The Sky akan ditayangkan secara global pada 14 Oktober 2020.

Dokumentari K-pop yang pertama di Netflix ini diarahkan oleh Caroline Suh dan dihasilkan oleh RadicalMedia.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Adam Del Deo, Netflix’s VP Documentary, menyatakan BLACKPINK merupakan kumpulan gadis yang terkenal di seluruh negara, “Pengarah Caroline Suh mempunyai hubungan rapat dengan BLACKPINK dan ini akan memberikan penonton melihat dokumentari ini lain daripada yang lain”.

Foto – We Heart It

“Filem ini menayangkan persiapan dalam lagu-lagu yang hit, persembahan, lawatan arena dan lain-lain sejak menjadi trainee sehingga bintang global. Kami gembira dapat menyampaikan kisah mereka kepada Blinks seluruh dunia”, ujarnya.

Foto – Youtube

Penonton akan melihat sebuah wawancara eksklusif yang tidak pernah dilihat dan filem ini akan berakhir dengan Coachella di mana mereka menjadi kumpulan K-pop yang pertama membuat persembahan.

Foto – Arkib Wanista

“Kolaborasi dengan Netflix membuatkan kami tidak sabar untuk berkongsi dengan Blinks. Kami berharap filem ini akan menggembirakan dan peminat dapat melihat perjalanan kami selama empat tahun ini”, ujar BLACKPINK.

Jangan lupa lock tarikh 14 Oktober 2020 di kalendar untuk melihat dokumentari BLACKPINK: Light Up The Sky di Netflix.