Kecantikan

Bibir Lembut Dan Lembap Dengan Fenty Beauty Pro Kiss’R Luscious Lip Balm

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Bibir Lembut Dan Lembap Dengan Fenty Beauty Pro Kiss’R Luscious Lip Balm

Tidak seperti jenama lain, Fenty Beauty Pro Kiss’R Luscious Lip Balm tidak melekit ketika menyapunya di seluruh permukaan bibir.

IKLAN

Diformulasikan supaya tidak melekit dan memberikan kilauan invispink serta aroma yang menenangkan, anda mesti jatuh cinta dengan produk ini.

Foto – Arkib Wanista

Diperbuat daripada bijian shea dan mangga, lip balm ini membuatkan bibir anda menjadi lembut dan lebih halus sebelum menggunakan gincu. Hadir dengan aplikator doe-foot, ia yang memudahkan pengguna untuk kontur seluruh bibir.

Foto – Arkib Wanista

Tekstur yang sangat berkrim dan ringan, ia memudahkan penyapuan di keseluruhan bibir. Menggunakan beberapa bahan seperti:

Foto – Arkib Wanista
  • Hydrated silica yang menyerap dengan pantas untuk memberikan kelembapan pada bibir.
  • Argania spinosa kernel oil yang memberikan kelembutan dan anti radang.
  • Tocopherol yang mengandungi Vitamin E, melembapkan dan antioksidan.
  • Prunus armeniaca kernel oil yang memberikan kelembutan.
  • Theobroma cacao seed butter yang meningkatkan konsistensi emulsi dan bertindak sebagai penghalang serta mengekalkan kelembapan kulit.

Fenty Beauty Pro Kiss’R Luscious Lip Balm kini mengeluarkan 3 shades baharu iaitu Latte Lips, Cocoa Drizzle dan Pinch Me.

Foto – Arkib Wanista

Jangan lupa dapatkan Pro Kiss’R Luscious Lip Balm daripada Fenty Beauty di Sephora dan secara talian di Fenty Beauty.