Hiburan

Keeping Up With The Kardashians Tamat 2021, 5 Moment Sumpah Kelakar!

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Keeping Up With The Kardashians Tamat 2021, 5 Moment Sumpah Kelakar!

Siapa peminat rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians?

Walaupun rancangan realiti itu asyik dikritik tapi ternyata ia mempunyai pengikut yang setia bersama, menonton musim pertama sampailah sekarang.

Selepas 14 tahun dan 20 musim, rancangan yang menampilkan kehidupan Kardashian dan Jenner akan berakhir dengan musim terakhir yang ditayangkan pada awal 2021.

IKLAN

Keputusan untuk menamatkan rancangan realiti popular itu sepakat dibuat oleh keluarga Kardashian-Jenner yang diumumkan semalam.

Foto – US Weekly

“Dengan hati yang berat, kami mengucapkan selamat tinggal kepada ‘Keeping Up With The Kardashians,’” kata keluarga terkenal itu dalam satu kenyataan bersama, yang ditandatangani oleh Kris Jenner, Kourtney Kardashian, Kim Kardashian West, Khloé Kardashian, Rob Kardashian, Kendall Jenner, Kylie Jenner dan Scott Disick.

“Selepas 14 tahun, 20 musim, beratus-ratus episod, kami memutuskan untuk mengakhiri perjalanan yang sangat istimewa ini. Kami sangat berterima kasih kepada anda semua yang telah menyokong selama bertahun-tahun – melalui masa-masa baik, masa-masa buruk, kebahagiaan, air mata dan bermacam lagi. Kami akan sentiasa menghargai kenangan indah selama ini.”

Sebagai peminat, Wanista kongsikan 5 momen Keeping Up With The Kardashians paling best, tak kering gusi.

#1 Ketika Kim kehilangan anting-anting berlian

Memang tak lucu kerana Kim benar-benar tertekan, tapi respons dari ahli keluarga yang membuatkan momen tersebut win.

#2 Bila Kim sakan selfie sedangkan Khloe kena tahan lokup

Ketika menghantar Khloe ke penjara kerana melanggar undang-undang jalan raya, Kim dilihat sakan selfie. Keadaan itu memaksa Kris melontarkan dialog ikonik: “Kim would you stop taking pictures of yourself? Your sister’s going to jail!.”

#3 Kourtney menggunakan abjad untuk akhiri perbualan

#4 Kim menangis dan Kourtney ketawa

Satu episod di mana Kim teruk menangis di dalam bilik kerana perbalahan antara adik-beradik, dan Kourtney yang melihat seronok ketawa. Keadaan itu memaksa Kim mengeluarkan dialog ikonik, “Don’t be f*cking rude!.”

#5 Momen manis Kanye melamar Kim

Bukan semuanya pergaduhan dan drama, ada juga momen manis dalam siri ini. Contoh ketika Kanye melamar Kim pada hari ulang tahunnya yang ke-33.

IKLAN

Kita pasti akan merindui fesyen Kardashian Jenner yang tak pernah tak vogue.