Nasi lemak merupakan menu makanan kebangsaan negara kita, hidangan yang telah menjadi menu wajib di waktu pagi ini telah menjadi makanan ruji rakyat tempatan.
Menariknya dari masa ke semasa pasti akan ada di kalangan penjual-penjual nasi lemak ini, menghasilkan menu nasi lemak yang baru dan kreatif untuk menarik perhatian pelanggan.
Ini antara menu nasi lemak yang rare, unik dan susah nak jumpa di bandaraya Malaysia, jom terjah kedai nasi lemak ini di bawah.
#1 Nasi Lemak Telur Bungkus
Nasi lemak ini kelihatan seperti nasi goreng pattaya di mana nasinya di bungkus dengan telur, cuma apa yang menariknya adalah dalam bancuhan telur tersebut dicampurkan dengan sambal cili yang pedas.
Bagi yang nak berkunjung ke warung ini digalakkan telefon dahulu kedai, untuk mengetahui sama ada menu ada lagi atau dah habis kerana menu ini laku keras di Kajang.
https://www.youtube.com/watch?v=eoCYEKSaS6k
Nama Kedai: Warung Bunian
Lokasi: No 80A, Jalan Jamaluddin, Kampung Desa Putra, Sungai Merab, Kajang Selangor
No Telefon: 017-381 2246
Sosial Media: Instagram, Facebook,
#2 Nasi Lemak Sambal Strawberi
Dah cuba nasi lemak sambal strawberi di pahang? Jangan terkejut sambal nasi lemak ini memang betul-betul berasaskan buah strawberi, dan rata yang telah mencuba menu ini memberi respon positif.
Kalau datang bercuti di Cameron Highlands, boleh singgah di Tanah Rata sebentar untuk merasai nasi lemak sambal strawberi ini.
Nama Kedai: 20 Seed Cafe by Abang Strawberry
Lokasi: No 27, Kampung Tanah Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang
No Telefon: 019-478 1700
Sosial Media: Instagram, Facebook,
#3 Nasi Lemak Aiskrim Pak Nasser
Santan Asean memperkenalkan menu baru iaitu nasi lemak aiskrim pak nasser, menariknya aiskirm ini diperbuat daripada santan segar dengan topping seperti ikan bilis rangup, kacang tanah dan juga sambal nasi lemak.
https://www.youtube.com/watch?v=PoHmPflyQRA
Nama Kedai: Santan Asean
Lokasi: Mid Valley Megamall Dan Sunway Pyramid
Sosial Media: Instagram, Facebook,
#4 Nasi Lemak Serunding Strawberi
Ini satu lagi menu nasi lemak yang unik iaitu nasi lemak serunding strawberi, menariknya menu rakyat ini menampilkan nasi lemak pandan bersama ikan bilis, kacang tanah, timun, telur rebus, ayam goreng, sambal dan serunding strawberi yang sedap.
Nama Kedai: Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat & Grill
Lokasi: 891 Persiaran Dayang Endah, 39000 Cameron Highlands, Pahang
No Telefon: 016-225 0315
Sosial Media: Instagram, Facebook,
#5 Nasi Lemak Pizza
Istimewa betul menu yang ditawarkan Pizza Hut bagi menyambut Hari Kemerdekaan pada bulan lepas, Pizza Hut mengeluarkan menu nasi lemak pizza yang cukup menyelerakan.
Nama Kedai: Pizza Hut Malaysia
Lokasi: Cawangan Ada Di Seluruh Malaysia
Sosial Media: Instagram, Facebook,
Terliur pula tengok aneka nasi lemak yang unik ini, ada yang dah cuba ke menu nasi lemak yang Wanista senaraikan di atas?