Menjadi seorang isteri dan ibu bukannya mudah apatah lagi dengan kesibukan bekerja dan mengurus hal rumahtangga, boleh menyebabkan diri kadang kala terlepas pandang tugas-tugas lain.
Kadang kala perkara remeh seperti keperluan barang dapur juga boleh terabai, dek kerana sibuk dengan hal lain tapi dengan kemudahan pada masa kini wanita tidak perlu risau soal keperluan barang dapur lagi.
Semuanya boleh diselesaikan di hujung jari saja, kini ramai wanita yang sudah berumah tangga hatta yang bujang sekalipun, membeli barang dapur dan keperluan asas menggunakan aplikasi MYGROSER.
Apa yang best beli barang di MYGROSER, nak tahu jom tengok di bawah!
Beli Barang Dapur Berpatutan Dan Berbaloi Di MYGROSER
- Foto – MyGroser
Bagi wanita yang tak sempat nak singgah ke pasaraya atau kedai runcit untuk membeli barang dapur, mulai hari ini kamu tidak perlu risau lagi kerana semuanya boleh dibeli dalam talian dengan menggunakan aplikasi MYGROSER.
Di dalam aplikasi MYGROSER semua jenis kategori pilihan makanan dan barangan keperluan ada dijual dan paling penting harganya juga berpatutan dan berbaloi-baloi.
Sign-In Aplikasi MYGROSER, Pelbagai Tawaran Menarik Menanti Kamu!
- Foto – Arkib Wanista
Sekarang ini segala urusan boleh dilakukan di hujung jari sahaja hatta beli barang dapur juga boleh dilakukan dengan ‘klik’ barang yang nak dibeli di skrin telefon pintar.
Tambahan lagi dengan menggunakan MYGROSER banyak tawaran menanti pengguna seperti clearance sale, promosi khas barangan keperluan, pertandingan kuiz dan bermacam-macam lagi.
Menangi Ganjaran Hingga RM300 Dengan Sertai Kuiz MYGROSER
Siapalah tak nak duit lebih bukan, apatah lagi dengan masuk pertandingan kuiz yang ringkas. Sempena menyambut Hari Kemerdekaan, MYGROSER menganjurkan ‘Malaysia Quiz’ di mana kamu hanya perlu menjawab soalan kuiz dan berpeluang untuk memenangi hingga RM300 untuk berbelanja di MYGROSER.
Pertandingan kuiz ini berjalan setiap minggu sehingga 16 September 2020 dan tiga pemenang akan dipilih setiap minggu.
Pemenang yang berjaya menjawab soalan akan mendapat RM5 kredit untuk berbelanja di MYGROSER. Jika tiap-tiap minggu kamu menang, memang tak mustahil untuk mendapat RM300!
Dapat Baucer PENJANA Dan Percuma Penghantaran, Syoknya!
- Foto – Arkib Wanista
Wanita mana yang tak tergoda dapat baucer betul tak?
Lebih-lebih lagi tiap kali beli barang dapur dan barangan keperluan lain menerusi MYGROSER secara dalam talian, kamu dapat menikmati potongan diskaun bagi barangan tertentu dan lagi best bila dapat perkhidmatan penghantaran secara percuma dengan pembelian RM50 ke atas.
Rugi Tak Rebut Ganjaran Dan Diskaun Sekarang
Serius berbaloi dan tak rugi beli barang di aplikasi atau laman sesawang MYGROSER sekarang ini, sebab banyak ganjaran, potongan diskaun dan promosi hingga RM1,000,000.00.
Dengan lebih 12,000 produk tempatan ada dijual di MYGROSER dan pastinya berbelanja barangan produk Malaysia sendiri secara tidak langsung dapat membantu ekonomi tempatan juga betul tak?
Serius Puas Hati Beli Barang Di MYGROSER
- Foto – MyGroser
Almaklum bila dah duduk di bandar pastinya banyak kita akan menghadapi kesesakan lalu lintas yang teruk bukan, tak cukup dengan itu kita juga sering sibuk dengan hal urusan kerja yang lain hingga keperluan dapur pun tak sempat nak beli.
Jadi dengan MYGROSER kita tidak perlu risau nak hadap kesesakan lalu lintas dan sebagainya, bayangkan balik kerja barang dapur yang di pesan menerusi MYGROSER dah ada di depan pintu rumah.
Syok kan, tak perlu nak terkejar-kejar pergi kedai runcit atau pasaraya lepas ini. Lagipun sekarang ini dah ramai yang guna MYGROSER dan rata-rata pengguna MYGROSER memberi respon positif dan sangat berpuas hati.
Jadi apa lagi jangan lepaskan peluang untuk berbelanja barang dapur dan keperluan harian lain, menerusi aplikasi MYGROSER yang boleh di muat turun di Google Play Store sini dan Apple App Store sini.
Bagi yang sedang bekerja di pejabat, sambil-sambil itu bolehlah buka laman sesawang MYGROSER sini untuk usha barang-barang dapur untuk di masak selepas balik kerja nanti.