Kesihatan

Sebelum Terkena Penyakit Lupus, Tubuh Akan Beri Petanda Ini

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Sebelum Terkena Penyakit Lupus, Tubuh Akan Beri Petanda Ini

Ramai orang mula sedar akan penyakit Lupus selepas Selena Gomez mengejutkan dunia dengan berita didiagnos Lupus.

Untuk pengetahuan anda, Lupus adalah penyakit radang kronik yang disebabkan dari tindak balas imunisasi tubuh. Hampir sama seperti kanser, ia merupakan pembunuh senyap dan bisa menjejaskan beberapa fungsi organ penting dalam badan.

Penyakit kronik ini boleh menjejaskan banyak sistem badan berbeza, termasuk sendi-sendi, kulit, buah pinggang, sel-sel darah, otak, jantung dan paru-paru.

IKLAN

Lebih menakutkan, punca penyakit Lupus ini adalah tidak diketahui. Kata pakar, Lupus biasanya menyerang golongan wanita muda (antara umur 15 dan 40) dan ternyata, pembedahan transplan atau pemindahan organ seperti yang dijalani Selena sedikit sebanyak memberi harapan kepada pesakit untuk pulih.

Foto – Daily Mail

Fakta, Lupus sukar dikenal pasti kerana pelbagai gejala. Setiap orang mempunyai gejala yang berbeza dari orang lain.

Demam yang sangat lama

Demam lama tanpa sebab yang jelas. Tempoh yang dimaksudkan di sini, iaitu hingga berminggu atau berbulan tanpa sebab yang diketahui.

Mudah letih

Orang yang biasanya aktif kemudian menjadi tidak aktif atau malas melakukan aktiviti boleh menjadi gejala Lupus.

Ruam pada kulit

Ruam pada kulit boleh muncul di wajah seperti kepak rama-rama yang disebut butterfly rash. Ruam yang muncul juga boleh berbentuk bulat dan muncul di bahagian tubuh yang lain, seperti leher, tubuh badan, lengan dan kaki.

Foto – Arkib Wanista

Kulit sensitif terhadap cahaya matahari

Walaupun Lupus cenderung kepada genetik, tetapi faktor persekitaran juga boleh mencetuskan penyakit ini.

Kulit penderita Lupus mudah mendapat tompok kemerahan yang berterusan apabila terkena cahaya matahari. Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang diagnos Lupus, bataskan pergerakan dan pendedahan kepada sinar matahari dan memakai krim pelindung matahari boleh membendung peyakit ini.

Sesak nafas dan sakit dada

Penyakit Lupus boleh menyerang paru-paru dan jantung, jadi mereka mungkin akan mengadu sakit di bahagian dada dan sesak nafas.

IKLAN

Rambut gugur

Sekiranya anda mengalami keguguran rambut lebih dari 100 selai sehari (setiap kali anda selak rambut, segumpal rambut di tangan), kemungkinan anda disyaki menghidap Lupus.

Foto – Vedix

Ulser

Ulser berlaku di dalam mulut dan hidung, sehingga berlarutan lebih sebulan.

Lupus tiada penawar

Dilaporkan, saintis belum menemui penawar Lupus. Ubat tidak dapat menyembuhkan Lupus, tetapi dapat mencegah secara perlahan. Ubat-ubatan yang ada dapat mengawal sistem imun.

Walau bagaimanapun, pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri Lupus. Jadi, sebaiknya dapatkan rundingan doktor pakar jika anda mengalami simptom di atas.

RUJUKAN : 1234