Kecantikan

Tak Perlu 10 Step, Ini Rahsia Joy Red Velvet Untuk Kulit Cantik

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Tak Perlu 10 Step, Ini Rahsia Joy Red Velvet Untuk Kulit Cantik

“Cemburunya tengok kulit Joy sentiasa cantik walaupun sibuk.”

IKLAN

Seperti orang lain, Joy ahli kumpulan Red Velvet tidak memerlukan rutin 10 langkah untuk kekal cantik. Hanya beberapa langkah mudah dan ringkas sahaja dapat membantu kulit Joy untuk kekal sihat sepanjang masa.

Double Cleansing

Foto – Arkib Wanista

Kesemua artis K-pop seperti Joy tidak terlepas daripada memakai makeup pada setiap hari. Untuk mengekalkan kulit yang sihat, beliau menggunakan kaedah double cleansing. Kaedah ini bukan sahaja mencuci muka tetapi membuang kotoran-kotoran yang tersumbat dalam liang pori.

Foto – Shutterstock

Urut muka menggunakan minyak secara perlahan sehingga makeup menjadi larut dan basuh menggunakan pencuci muka sehingga bersih.

Toner

GIF – White Doctors

Joy yang menggunakan dua toner iaitu toner cair biasa yang dituangkan ke atas kapas dan lap pada keseluruhan wajah. Diteruskan dengan bubble toner yang popular dalam kalangan gadis Korea, tekstur toner ini seperti pencuci muka.

GIF – Ferbena

Picit sedikit bubble toner di tapak tangan dan tepuk secara perlahan di wajah untuk penyerapan pantas ke dalam kulit.

Ampoule

GIF – Wish trend

Untuk mendapatkan kulit sihat dan cerah, Joy akan menggunakan ampoule kerana kepekatan yang lebih tinggi berbanding serum. Ampoule memberikan kesan dengan pantas. Tekstur yang ringan membuatkan penyerapannya ke dalam kulit efektif seperti serum.

Moisturiser

Pelembap yang mempunyai tekstur yang berat dan membantu Joy mendapatkan kelembapan untuk jangka masa yang panjang. Untuk memilih moisturiser yang sesuai, anda perlu mencari produk yang tidak memberi kerengsaan pada kulit.

Foto – Pinterest

Pelembap muka yang baik dapat melindungi kulit dengan baik.

Sleeping Mask

Sebelum tidur, Joy akan menambahkan sleeping mask dalam rutin kecantikannya. Sleeping mask mengandungi bahan yang lebih pekat berbanding dengan pelembap.

Foto – Shape Magazine

Selepas bangun tidur, kulit akan rasa lebih segar dan sihat. Sleeping mask yang direka khas mengikut masalah kulit setiap individu. Pilih sleeping mask yang betul untuk mendapatkan kesannya.

Tak rumit pun rutin kecantikan Joy. Jadi untuk wanita yang sibuk, anda boleh cuba cara Joy menjaga kulitnya untuk kelihatan cantik dan sihat.