Tips - Kecantikan

10 Cara Ringkas Untuk Kamu Kelihatan Hebat Walaupun Tak Mandi

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
10 Cara Ringkas Untuk Kamu Kelihatan Hebat Walaupun Tak Mandi

Shhh… jangan beritahu yang lain!

Siapa sahaja yang sentiasa tampil sempurna? Definisi sempurna itu hanya wujud dalam drama dan filem yang direka.

Jadi, jangan khuatir jika kamu tidak sengaja terbangun lewat dan kadang-kalanya situasi itu memaksa untuk bersiap tanpa membersihkan diri yakni mandi secara teratur, lebih-lebih lagi jika keadaan terdesak seperti taman perumahan kamu ketiadaan sumber air secara tiba-tiba.

IKLAN

Di sini, Wanista ingin kongsikan tips bagaimana kamu boleh berlagak seolah telah bersiram walaupun sebenarnya tidak.

Gunakan tisu basah sebagai ganti air

Tiada masa untuk mandi? Dapatkan tisu basah bayi untuk mengelap seluruh tubuh. Yang paling penting, sila fokus pada bahagian sulit. Sila guna kedua-dua belah tisu agar kuman tidak merebak ke bahagian badan yang lain.

Foto – Handy

Setelah mengelap satu bahagian dengan tisu, terbalikkan tisu berkenaan ke permukaan yang satu lagi untuk digunakan ke atas bahagian badan yang lain.

Jika ada ‘mata pandang’ sejurus bangun dari lena, gunakan cecair penanggal solekan mata

Ya, kamu telah mencuci muka dan tanggalkan solekan sebelum tidur semalam, tetapi sisa solekan celak masih melekat pada permukaan bawah mata. Jangan lupa cuci sisa solekan berkenaan pada bahagian mata sebelum memakai lapisan celak yang baru.

Jika kaki berbulu, cukur secara kering

Bunyinya macam menyakitkan, walhal ianya langsung tidak akan menimbulkan kesakitan jika kamu menggunakan krim pencukur yang betul. Terdapat banyak krim pencukur yang tidak memerlukan campuran air untuk disapukan ke atas kulit.

Gifer

Krim pencukur itu juga bisa bertindak lebih baik daripada losyen. Kamu juga boleh tiru cara Kendall Jenner mencukur kering permukaan kakinya. Tanpa menggunakan krim pencukur, beliau menyapu air ke atas permukaan kulit dan terus mencukur.

Jika kulit bersisik dan mengelupas, gunakan cara berus kering

Jika kamu mahu menggayakan pakaian yang mendedahkan sebahagian besar kulit tubuh, atau mahu merakam imej #OOTD, ia bukanlah masa yang terbaik untuk menunjukkan kulit yang kering serta bersisik itu. Hakis segala kulit mati berkenaan menggunakan teknik berus kering.

Sapu losyen yang berbau sitrus pada badan

Sitrus terdapat pada buah-buahan yang berasid seperti limau, lemon, oren, dan sebagainya. Jika kamu mahu berbau segar dengan segera, lulur badan dengan losyen yang berasaskan bahan sitrus. Selain melembabkan kulit kering, ia juga akan menampakkan keadaan kulit yang lebih mulus dan licin.

IKLAN
Foto – Fair/Square

Yang paling penting, walaupun tidak mandi, kamu masih berbau segar seolah baru keluar dari taman botani yang dikelilingi kebun oren!

Guna semburan minyak wangi

Boleh guna apa sahaja minyak wangi pilihan, tetapi utamakan minyak wangi yang mengandungi nota bauan sitrus. Ia akan menyumbangkan bau nyaman kamu.

Guna syampu kering untuk rambut bersih

Untuk teknik menggunakan syampu kering dalam bentuk semburan, halakan lubang semburan terhadap akar rambut kamu, semburkan. Tunggu beberapa saat untuk syampu kering berkenaan menjalankan tugas pembersihannya terhadap rambut sebelum kamu boleh mula mengurut dan menyikat rambut.

Foto – Makeup Alley

Apabila cecair semburan itu telah kering, bermakna pembersihan telah dilakukan dengan sempurna! Hasilnya, kamu kelihatan seperti baru membasuh rambut.

Guna minyak wangi khas untuk rambut

Kadang-kala, rambut bisa berbau hapak disebabkan faktor persekitaran harian yang membuatkan rambut terdedah pada matahari serta percemaran.

Jika rambut terlalu berminyak guna cara ini

Apa yang boleh kamu lakukan jika rambut terlalu berminyak sehingga pembersihan syampu kering dan semburan minyak wangi pun tidak dapat buat rambut anda berbau harum? Mungkin kamu boleh tundukkan kepala di sinki dan lekas menyampu dan membilas menggunakan air dari pili.

Foto – Bustle

Kalau kamu memiliki rambut hadapan, boleh utamakan bahagian tersebut dengan menyampu ringkas, keringkan menggunakan pengering rambut.

Okay… cuba cara ini confirm orang tak tahu yang kamu sebenarnya tak mandi lagi…

Selamat Beramal!