Makanan

Banyak Makan Daging Pun Tak Bagus Juga, Ini Sebabnya

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Banyak Makan Daging Pun Tak Bagus Juga, Ini Sebabnya

Wanista nak tanya sikit, adakah makanan kegemaran kamu daging? Tak kiralah daging masak gulai ke, masak lemak cili padi ke, goreng sambal atau apa jua aneka masakan sekalipun, ianya berasaskan daging.

IKLAN

Jika daging adalah makanan kegemaran kamu, mungkin kamu perlu slow down sikit pengambilan daging dalam diet pemakanan kamu untuk menjaga kesihatan jangka masa panjang.

Daging bukan tak boleh makan tetapi tak elok terlalu kerap dan banyak sangat makan, nak tahu kenapa ikuti sebabnya di bawah.

Berisiko Kena Kanser Dan Penyakit Kardiovaskular

Foto – Arkib Wanista

Kajian mendapati individu yang kerap makan daging merah terutama daging yang di proses, boleh menyebabkan diri berpotensi menghidap penyakit kanser dan juga penyakit kardiovaskular.

Bagi yang tak tahu daging yang di proses menggunakan nitrates sebagai bahan pengawet, bahan kimia ini boleh menyebabkan tubuh menghidap kanser usus, kanser buah pinggang dan kanser perut.

Nak Kurus, Kurangkan Makan Daging

Foto – Food Navigator

Tahu tak sebenarnya kalau nak kurus maka kurangkanlah pengambilan daging dalam diet pemakanan harian kamu, ini kerana daging mempunyai jumlah kalori dan lemak yang tinggi.

Jadi jangan hairan kenapa berat badan tak turun-turun, sebab selalu sangat makan daging jadi jika nak kurus buat pelan diet terbaru.

Terlalu Banyak Protein, Buat Tubuh Kurang Air

Foto – Flickr

Daging mempunyai mengandungi protein yang tinggi dan apabila kamu memakan daging, dalam proses menghadam daging ia akan mengambil banyak air dalam tubuh kamu sepanjang proses penghadaman berlaku.

Jadi bayangkan jika terlalu kerap kamu makan daging, ini akan membuatkan tubuh kamu cepat kekurangan air dalam badan.

Alami Masalah Penghadaman

Foto – Mental Floss

Sudah ia boleh menyebabkan tubuh kekurangan air, terlalu banyak makan daging juga boleh menyebabkan perut kamu mengalami masalah penghadaman.

Masalah penghadaman berlaku kerana perut kamu tidak mampu menampung makanan yang berlebihan, lalu menyebabkan usus sukar untuk menghadam daging yang kamu makan.

Berasa Cepat Letih

Foto – Lifealth

Perasan tak tiap kali lepas makan daging, kamu akan berasa lemah, mengantuk, lemau dan letih? Ini adalah kerana ketika proses penghadam bekerja, darah yang berjalan dalam salur darah bergerak ke bahagian perut untuk membantu mengutamakan proses penghadaman.

Ini bermakna darah kurang bergerak ke anggota bahagian tubuh yang lain seperti otak, lalu menyebabkan diri berasa cepat mengantuk dan letih.

Bermandi Peluh Setiap Kali Makan Daging

Foto – Insider

Pernah tak rasa pelik badan selalu keluar peluh tiap kali makan daging? Fenomena ini berlaku semasa pertengahan waktu makan atau selepas makan makanan yang banyak.

Untuk makluman hal ini berlaku kerana tubuh menggunakan tenaga untuk menghadam dan memproses daging yang di makan.

Dan fenomena yang berlaku ini dinamakan thermogenesis yang menyebabkan suhu badan meningkat lalu menyebabkan tubuh mandi peluh sewaktu makan.

Badan Berbau

Foto – UPMC Health Beat

Hidung kamu sering tercium bau yang tidak menyenangkan di tubuh, hingga menjejaskan keyakinan diri kamu? Cuba semak balik kamu selalu makan apa sebelum ini, tahu tak kerap memakan daging boleh menyebabkan badan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Hal ini dibuktikan berdasarkan kajian dari ‘Journal Chemical Senses’ yang mana kajian dilakukan terhadap individu yang tidak makan daging, mengeluarkan bau badan yang menyenangkan berbanding individu yang makan daging.

Foto – Entech

Bagi yang gemar makan daging, kamu boleh makan cuma tidak boleh selalu dan kuantiti pengambilan daging juga tidak boleh terlalu banyak.

Jika kamu inginkan tubuh badan yang sihat luar dalam, maka amalkan gaya pemakanan yang sihat dengan mengikut sukatan yang sederhana.

Selamat beramal!

Rujukan: 1, 2,