Fesyen

Beruntungnya Orang Yang Dapat Pakai Jaket Tweed Chanel Ikonik

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Beruntungnya Orang Yang Dapat Pakai Jaket Tweed Chanel Ikonik

Cantikkan jaket tweed kelahiran Chanel?

Setiap wanita impikan menyarung jaket penuh ikonik ini. Cetusan idea rekaan jaket tweed juga sangat istimewa.

Tahukah, kemunculan jaket ini adalah inspirasi daripada Gabrille Chanel ketika era 1950-an berdasarkan pengamatannya pada era itu yang mana gaya pakaian wanita punya sekatan dan tiada kebebasan.

IKLAN
Foto – Magazine

“I really care about women and I wanted to dress them in suits that make them feel at ease, but that still emphasize femininity,” sebaris kata-kata Gabrielle Chanel saat memperkenalkan jaket Chanel.

Jaket Tweed Chanel Siluet Yang Versatile

Wanita ini berjaya menggabungkan idea kasual, elegan, selesa dan functional ke dalam satu rekaan ikonik. Menggunakan tweed sebagai fabrik pilihan kerana fleksibiliti yang memberi siluet indah untuk penampilan si pemakai.

Foto – Paul Schutzer

Dilaporkan ketika Gabrielle Chanel bertungkus lumus mencipta jaket ikonik, Karl Lagerfeld hadir ke rumah Chanel sekitar tahun 1983.

Ilham kreatif tanpa batasan Lagerfeld menyuntik elemen baru untuk jaket Chanel. Lebih relaks dan menangkap mood, seiring dengan wanita zaman itu yang inginkan perubahan, serta sesuatu di luar jangkaan.

Walaupun Mademoiselle Chanel pada awalnya mengambil fabrik tweed dari syarikat tekstil Scottish pada tahun 1920-an, jenama itu kini menggunakan khidmat Maison Lesage Atelier di Paris, yang terkenal dengan pengeluaran tweed berkualiti tinggi di dunia.

Tenunan Tweed Serba Tradisional

Foto – Arkib Wanista
  • Plain Tweed : Tweed paling asas yang digunakan oleh Chanel, dibuat dari tenunan polos atau twill dengan satu warna atau benang.
  • Fantasy Tweed : Tweed yang diperbuat daripada beberapa benang dan / atau warna yang berbeza.

Beberapa tweed Chanel yang paling unik dan fantasi yang kita lihat hari ini, dibuat di Maison Lesage, salah satu daripada lapan atelier savoir-faire yang terkenal di Chanel.

Pasukan Maison Lesage Atelier akan menghasilkan kira-kira 100 sampel baru untuk setiap koleksi haute couture, meningkatkan rekod 40,000 sampel yang dibuat sejak 1958.

Sampel tweed yang siap akan dikirim ke Studio Chanel untuk disemak oleh Karl Lagerfeld.

IKLAN

Lihat Cara Selebriti Bertuah Menggayakan Jaket Chanel

#1 Blackpink Jennie

Foto – Arkib Wanista

#2 Penelope Cruz

Foto – Arkib Wanista

#3 Cardi B

Foto – Arkib Wanista

#4 Rihanna

Foto – Arkib Wanista

#5 Kate Middleton

Foto – Arkib Wanista

Unik sekali proses penenunan menghasilkan jaket tweed. Kerana itu, harga untuk setiap produk Chanel luar biasa dan edisi terhad.

RUJUKAN : 123