Resepi

Mudah Rupanya, Jom Cuba Resepi Cheesecake Tom & Jerry

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Mudah Rupanya, Jom Cuba Resepi Cheesecake Tom & Jerry

Menjadi viral di media sosial, cheesecake Tom & Jerry rupanya mudah dibuat.

Tidak perlu menggunakan oven, jom cuba resepi ini.

Bahan-bahan:

IKLAN
  • 350g coklat putih
  • 200 ml whipping cream
  • 30g cream cheese 
  • 1 tbsp serbuk gelatin [BELI]
  • 2 tbsp gula
  • Pewarna makanan (kuning)
  • Acuan [BELI]
  • Piping bag [BELI]

Cara-cara:

  1. Campurkan serbuk gelatin dengan air. Biarkan selama 15 minit.
  2. Cairkan coklat putih dan gaul dengan pewarna makanan sehingga sebati.
  3. Masukkan (2) dalam acuan dan ratakan. Jangan terlalu tebal.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 20 minit.
  5. Cairkan (1) menggunakan air panas iaitu teknik double boil.
  6. Hancurkan cream cheese dan masukkan serbuk gelatin yang telah dicairkan dengan gula. Gaul sehingga sebati.
  7. Pukul whipped cream sehingga menjadi 50%.
  8. Campurkan (6) dengan whipped cream sedikit demi sedikit.
  9. Masukkan dalam piping bag.
  10. Picit adunan (8) piping bag ke dalam acuan (3) yang telah mengeras.
  11. Ratakan adunan tersebut dan lapiskan bahagian atas dengan lebihan (2) untuk tutup cream cheese.
  12. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit dan siap!

Nampak sedap sangat dan mudah untuk diikuti. Jom cuba!