Kecantikan

Wanita Kena Tahu Beza Ampoule, Serum, Emulsion, Booster, Toner Dan Essence

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Wanita Kena Tahu Beza Ampoule, Serum, Emulsion, Booster, Toner Dan Essence

Lambakan produk kecantikan untuk wanita masa kini, membuatkan wanita rambang mata ingin mendapatkan produk yang bagus untuk kulit wajah.

Pelbagai jenis produk penjagaan wajah telah dihasilkan oleh pakar-pakar kecantikan dunia, bagi merealisasikan keinginan para wanita yang mahu sentiasa tampil cantik dan menawan.

Tapi berapa ramai wanita yang sedar akan perbezaan fungsi produk-produk kecantikan seperti ampoule, serum, booster, emulsion, toner dan essence untuk kegunaan penjagaan wajah?

IKLAN

Nak tahu apa bezanya, jom lihat di bawah.

Ampoule

Ampoule sama seperti serum, cuma yang membezakannya adalah ampoule memiliki kosentrasi yang lebih tinggi dan antara salah satu bahan yang aktif dalam produk kecantikan.

Foto – Arkib Wanista

Ampoule sangat berkesan bagi menangani masalah kulit secara spesifik seperti masalah bintik hitam atau kulit kering. Bukan itu saja, ampoule juga merupakan bahan mesra kulit dan membuatkan kulit jadi lebih baik dari sebelumnya.

Serum

Serum sering kali digunakan dalam rutin penjagaan kulit wajah wanita bezanya serum dengan bahan-bahan produk kecantikan yang lain adalah, serum diformula dengan antioksidan dan menjadi pelindung kulit dengan kandungan konsentrasi formula yang tinggi.

Foto – Arkib Wanista

Sebab itu, penggunaan serum pagi dan malam penting bagi melindungi wajah dari garisan penuaan dan juga mengekalkan keanjalan kulit wajah.

Emulsion

Emulsion pula sangat ringan daripada mana-mana jenis krim dan losyen, ianya merupakan bahan dengan kandungan konsentrasi yang kurang tinggi berbanding serum dan ampoule.

Foto – Google

Peranan emulsion adalah membekalkan kelembapan pada kulit dan menjadikan kulit kekal hidrat, produk yang mengandungi emulsion ini sesuai untuk digunakan jika wanita memiliki masalah kulit berminyak atau kombinasi.

Booster

Booster memiliki kebolehan yang unik di mana mana-mana produk kecantikan yang menggunakan booster sebagai bahan mampu meningkatkan konsentrasi bahan tertentu yang terkandung dalam produk kecantikan tersebut.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Selain itu, booster juga berfungsi menangani masalah kulit tertentu seperti masalah liang pori yang besar, kekurangan air dalam kulit, kulit kusam, kulit hilang keanjalan dan pelbagai masalah lain lagi.

Toner

Toner di lihat seperti air tetapi ia bukan sekadar air biasa sebaliknya, toner merupakan air yang kaya dengan kandungan hyrogen dan oksigen yang sangat tinggi.

Foto – Beauty Extender

Toner juga boleh mengandungi asid, glycerin, antioksidan dan anti-keradangan bergantung pada jenis toner yang di beli di pasaran.

Apa yang membezakan toner dari kandungan bahan yang lain adalah, ia dapat mengembalikan asidik semula jadi wajah dengan baik dan membantu kulit untuk menyerap produk penjagaan wajah yang lain lebih berkesan.

Essence

Apa pula peranan essence dalam produk kecantikan? Kalau nak tahu essence merupakan bahan yang sangat ringan, kurang konsentrasi berbanding serum dan teksturnya lebih berkrim dan pekat berbanding losyen.

Foto – Daily Vanity

Essence merupakan bahan penting dalam rutin penjagaan kulit wajah di Korea, ini adalah kerana ia membantu membersihkan wajah secara menyeluruh dan mendalam.

Lepas ini kamu tidak lagi pening kepala nak cari produk kecantikan mengikut fungsi dan kesesuaian kulit wajah. Wanita perlu tahu perbezaan-perbezaan ini semua, agar lebih mudah kamu faham dan nilai mana satu produk yang bagus untuk kamu gunakan.

Rujukan: 1, 2, 3