Kecantikan

Muka Jerawat Boleh Ke Guna Facial Oil?

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Muka Jerawat Boleh Ke Guna Facial Oil?

Facial oil, ada pakar mengatakan boleh guna, ada juga yang tidak bersetuju bergantung pada keadaan kulit, lagi pula mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat jenis acne-prone.

Meletakkan minyak di wajah merupakan cara mudah untuk kekal melembap, tapi bagaimana pula dengan yang berjerawat. Ada risiko?

Tidak semua orang menggunakan step ini malah skip kerana takut akan memberi reaksi buruk pada wajah. Sebenarnya anda dah salah anggap akan penggunaannya, hakikatnya facial oil berkesan untuk semua jenis kulit, termasuklah kulit acne-prone.

IKLAN

Jenis facial oil yang bagaimana sesuai dengan kulit wajah?

Antaranya squalane, argan dan jojoba oil sesuai digunakan pada semua jenis kulit. Tapi kalau kamu mahu lebih spesifik untuk mencari produk yang sesuai dengan masalah penjagaan kulit seperti acne, kusam atau kering. Cara paling baik adalah baca label dulu atau tanya kepada perunding kecantikan.

Foto – The Skincare Edit

Boleh guna facial oil untuk kulit acne-prone?

Sebenarnya, facial oil yang betul dapat membersihkan cacat cela, melembutkan kulit dan merawat serta memudarkan bekas jerawat, apatah lagi bertindak sebagai pelembap berkhasiat untuk menyeimbangkan pengeluaran minyak.

Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa minyak jojoba dan argan membantu merawat masalah kulit. Dan sebilangan lagi minyak dilengkapi dengan faedah lain, seperti antioksidan atau sifat anti-radang, yang mungkin menjadikannya bermanfaat untuk masalah kulit tertentu.

Foto – Daily Mirror

Menurut pakar dermatologi Dr Stefanie Williams;

“Bergantung juga, bagi sesiapa yang cenderung untuk breakouts, saya sangat menyarankan agar tidak menggunakan facial oil, kerana ia menyumbat liang dan memburukkan lagi keadaan kulit (walaupun jenama produk tersebut bersumpah bahawa mereka tidak mengandungi bahan merbahaya).

Abigail James pula berkata;

“Tidak semua minyak buruk untuk kulit. Beberapa minyak tumbuhan semula jadi mempunyai manfaat antibakteria, anti-radang dan sebahagian dekat dengan sebum semula jadi kita sendiri. Minyak yang lebih ringan seperti jojoba, hemp, starflower, milk thistle, evening primrose, dan grapeseed sesuai untuk kulit dan tidak mencetuskan jerawat.

“Tapi elakkan minyak berat seperti coconut, olive, wheatgerm, avocado, dan mineral oils. Kerana ia hanya akan menyumbatkan liang pori, timbulnya kemerahan dan iritasi.

IKLAN

Guna facial oil selepas pelembap?

Sekarang dah jelas tentang facial oil. Jadi, bila boleh menggunakan facial oil? Jika anda baru nak berjinak-jinak, anda mungkin akan keliru bila hendak menggunakannya. Adakah sebelum atau selepas pelembap? Bolehkah guna pagi dan malam? Adakah facial oil menggantikan serum?

Foto – Glamour

Sekiranya anda ingin meningkatkan kelembapan, sapukan minyak setelah menggunakan pelembap. Ini akan membantu pelembap menyerap minyak dan menambah lapisan khasiat tambahan.

Pelembap selalunya adalah sebahagian air dan sebahagian minyak, jadi ia membantu kulit anda mengekalkan kelembapan, sedangkan minyak membantu menguncinya.

Semoga tips ini bermanfaat kepada anda semua. Jika masih lagi musykil, anda boleh dapatkan rundingan pakar agar kulit anda kekal sihat.

RUJUKAN : 12345