Kecantikan

Alasan Kenapa Kamu Kena Pakai Primer Walau Tak Mekap

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Alasan Kenapa Kamu Kena Pakai Primer Walau Tak Mekap

Mungkin ada di antara kita yang berpendapat jika tidak memakai sebarang mekap, kita tidak perlu mengenakan primer. Mesti ada yang pernah berfikir sebegini, kan? Baik mengaku…

Tahukah kamu selain mengenakan primer sebelum proses mekap, kamu juga boleh memakainya walau tidak mekap sekalipun. Bahkan kebaikan juga terjamin dan kulit muka bertambah sihat.

Tak setuju? Pakar sendiri menjelaskan manfaat yang kamu perolehi.

IKLAN

Kulit Sentiasa Hidrasi

Kebanyakan primer didatangkan dalam formula berasaskan air yang mengandungi bahan-bahan pelembap seperti ekstrak botani atau aktif yang membantu melembutkan dan merapikan kulit.

Foto – Pinterest

Hanya dengan satu aplikasi sahaja mampu menyegar serta melembapkan tekstur keseluruhan wajah.

Berminyak Tiada Lagi

Primer boleh menjadi kunci untuk mendapatkan rupa bersinar yang tahan lama. Kebanyakan primer yang terhasil bertujuan untuk melembapkan kulit, menutup pori-pori dan meninggalkan kesan licin di kulit serta mengawal pengeluaran sebum.

Ada juga yang mempunyai ciri-ciri antibakteria untuk membantu menjaga liang anda sebersihnya jika digunakan sekerap yang mungkin.

Lindungi Daripada Matahari

Walaupun diketahui sunblock adalah elemen penting dalam rutin penjagaan kulit untuk menghindari daripada matahari, tetapi kita boleh meningkatkan tahap perlindungan dengan suntikan primer yang mempunyai SPF.

Foto – Pinterest

Ia boleh melindungi anda daripada tekanan alam sekitar, seterusnya dari kerosakan sel.

Seri Di Wajah

Habiskan rutin penjagaan diri dengan moisturiser, sunscreen tidak memadai. Jadi, inilah masanya untuk primer bekerja, bagi mencerah dan melembapkan kulit. Di sini, anda akan menikmati cahaya yang kelihatan semulajadi tanpa memerlukan shimmers dan glitters.

5 Primer Best Pilihan Wanista

Benefit The POREfessional Face Primer

IKLAN
Foto – Sephora Malaysia

Pixi Flawless Beauty Primer

Foto – Pixi Beauty

Pixy Make It Glow Beauty Skin Primer

Fot- Pixy

Laura Mercier Foundation Primer

Foto – Sephora

Hourglass Veil Mineral Primer

Foto – Strawberry

Bila nak keluar rumah, jangat lupa pakai krim pelindung matahari dan primer untuk penjagaan lebih.

Selamat Beramal!