Cinta & Perhubungan

Apa Maksud Pandang Dua Kali Pada Orang Yang Sama

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Apa Maksud Pandang Dua Kali Pada Orang Yang Sama

“Kau dah kenapa pandang-pandang perempuan, tahulah orangnya comel tapi takkanlah sampai toleh dua kali.”

Tidak kira lelaki mahupun wanita pastinya akan ada moments, di mana diri sendiri memandang orang yang sama sebanyak dua kali.

Gelagat diri yang tidak ubah seperti magnet besi berani, membuatkan mata berhenti berkedip tatkala memandang wajah individu tersebut.

IKLAN

Adakah ia membawa makna sesuatu jika menatap wajah orang tersebut sebanyak dua kali? Nak tahu apa maksud pandang dua kali pada orang yang sama, jom tengok di bawah.

#1 Terkena Panahan Cinta Pandang Pertama

Reaksi memandang dua kali pada orang sama berpotensi memberi maksud, bahawa diri kamu mungkin terkena panahan cinta pandang pertama.

Foto – Insider

#2 Lahir Perasaan Suka & Suka?

Selain itu, tindakan seperti ini juga boleh diertikan bahawa kamu memiliki perasaan suka dan sayang pada orang tersebut.

Kadang kala perasaan sayang dan suka ini boleh datang tanpa di duga, tahu-tahu diri kamu suka pada orang tersebut walhal baru dua kali pandang!

Foto – Life ‘N’ Lesson

#3 Kamu Crush Dengan Dia

Kalau dah asyik pandang orang yang sama dua kali, mungkin kamu sebenarnya ada crush atau minat dengan orang tersebut cuma tak berani nak luahkan saja.

15 Obvious Signs to Tell If Your Crush Likes You Back

#4 Si Dia Menarik Perhatian Kamu

Kamu merasakan si dia menarik perhatian mata kamu dan membuatkan kamu seperti di gam hingga tidak mempedulikan orang di sekeliling kamu.

IKLAN
Foto – Pinterest

#5 Gayanya Membuatkan Kamu Terpana

Percaya atau tidak kamu juga boleh tertarik pada gaya si dia, hingga membuatkan kamu memandangnya dua kali. Tidak kira lelaki ataupun wanita, hati kamu boleh terpaut dek kerana gaya yang si dia pamerkan pada ketika itu.

Foto – Better Help

#6 Diracuni Dengan Aura Dan Karisma Si Dia

Tiada apa yang pelik jika kamu menoleh dua kali pada orang sama, kerana diracuni dengan aura dan karisma yang dimiliki oleh si dia. Ya lah bukan biasa-biasa jika si dia, mampu memancarkan aura karisma sebegitu bukan?

Foto – Everyday

#7 Personaliti Kamu Dan Dia Sama

Tatkala melihat si dia kamu tahu diri kamu dan dia memiliki personaliti yang sama, lalu membuatkan diri kamu ingin selalu memandang dan cuba mengenali si dia dengan lebih rapat lagi.

Foto – Everyday Power

Jangan ingat pandang dua kali pada seseorang bermaksud nak cam, atau nak kenalpasti wajah seseorang itu. Tindak tanduk ini juga boleh memberi maksud yang lain, seperti point-point yang Wanista nyatakan di atas betul tak.

Psst.. Nak tanya sikit, baru-baru ini kamu ada pandang dua kali pada seseorang tak?