Makanan

Manfaat Kesihatan Kamu Dapat Jika Amalkan Buah Fig

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Manfaat Kesihatan Kamu Dapat Jika Amalkan Buah Fig

Tahukah kamu Fig merupakan buah paling tua di dunia.

Buah Tin atau kita lebih biasa dengan nama Fig menjadi salah satu buah yang disebutkan dalam Al-Quran, iaitu di dalam surah Surah At-Tin.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan pendapat tentang makna sebenar ayat tersebut. Sesetengah ulamak menyifatkan ayat tersebut merujuk kepada Bukit Tin dan Bukit Zaitun, tempat di mana Nabi Ibrahim dan Nabi Isa menerima wahyu daripada Allah S.W.T.

IKLAN
Foto – Wiki

Tapi yang pasti buah Fig miliki mukjizat tersembunyi yang selama ini dipandang enteng. Buah Fig tergolong dalam spesies mulberi yang biasa dijumpai di kawasan Asia. Fig yang dikeringkan boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.

Menurut kajian, Fig dianggap sebagai buah semula jadi yang paling sempurna berdasarkan kandungan khasiatnya. Selain mempunyai kandungan vitamin, mineral dan serat yang biasa dijumpai di dalam buah, kandungan vitamin yang terdapat dalam Fig ternyata lebih unik dan istimewa.

Fig mempunyai khasiat nutrien seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan korin.

Menurunkan berat badan

Buah Fig adalah sumber serat yang baik dan mampu membantu penghadaman selain memberi rasa kenyang berpanjangan, seterusnya mengawal berat badan.

Menurunkan tekanan darah tinggi

Buah Fig kering mengandungi 1129 mg potasium dan 2 mg sodium.

Dan jika anda mengambil lebih banyak garam dalam makanan maka ia akan meningkatkan kadar sodium dalam badan, Oleh itu, makanan yang kaya potasium seperti Fig mampu membantu mengatur kesimbangan pada kesihatan diri jika diamalkan secara konsisten.

Foto – Daily Express

Potasium – Sejenis mineral yang membantu mengawal tekanan darah.

Bantu menjadikan kulit lebih cantik

Fig kaya dengan sumber antioksidan. Ia mengandungi sejumlah antioksidan yang tinggi nak dibandingkan dengan makanan lain.

IKLAN

Buah Fig sangat bermanfaat bagi siapa yang menghadapi masalah seperti kulit tidak bermaya, rambut gugur, lingkaran hitam bawah mata, bintik-bintik hitam di wajah dan lain-lain.

Cepat sembuhkan luka

Buah Fig sangat berguna untuk menyembuhkan luka, boleh digunakan sebagai ubat pada kawasan luka.

Caranya dengan kisar buah Fig sebaiknya yang kering dengan susu. Kisar sehingga pekat dan sapukan pada bahagian luka. Nescaya luka akan sembuh. Guna buah Fig segar akan menyembuhkan luka dengan lebih cepat.

Foto – Arkib Wanista

Menguatkan tulang

Buah Fig kaya dengan kalsium dan fosforus. Bukan saja menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis, ia juga menggalakkan pertumbuhan tulang dan memperbaiki bahagian tulang yang rosak.

Untuk kesuburan

Nutrien seperti zink, mangan, dan mangnesium dalam Fig membantu meningkatkan kesihatan pembiakan. Oleh itu, Fig sudah diamalkan sejak zaman dahulu lagi untuk membangkitkan nafsu.

Fig membantu dalam kesuburan, dan dapat meningkatkan sperma dan melindunginya dari kerosakan kerana mengandungi antioksidan yang sangat tinggi.

Menghindari risiko kanser

Penuh dengan sifat antioksidan, Fig membantu mencegah kerosakan DNA yang disebabkan oleh radikal bebas. Oleh itu, berkemungkinan mengurangkan risiko kanser.

Foto – Life and Trend

Buah Fig selalu dijadikan simbolik kepada bahagian intim wanita, ada maksud rupanya. Siapa yang tidak menyukai Fig, sebaiknya mula amalkan sekarang untuk mendapat manfaat lumayan ini.

RUJUKAN : 1234