Kecantikan

Model Umur 71 Dedah Cara Lambatkan Proses Penuaan Kulit Wajah

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Model Umur 71 Dedah Cara Lambatkan Proses Penuaan Kulit Wajah

Bayangkan wanita berumur yang berpangkat nenek masih memiliki kulit wajah yang cantik dan kelihatan masih anjal, pastinya ramai wanita di seluruh dunia akan terkejut bukan?

Supermodel Maye Musk yang berusia 71 tahun ini memiliki kulit wajah yang sangat cantik, garis-garis penuaan juga tidak banyak memakan wajahnya.

Seperti ramai yang sedia maklum makin meningkat usia diri, kulit wajah tidak akan boleh lari dari garis-garis penuaan yang lahir di permukaan kulit wajah.

IKLAN

Tetapi tatkala melihat wajah supermodel berusia 71 ini, ianya menakjubkan agaknya apa rahsia wanita ini bagi mendapatkan kulit wajah muda dan sihat dengan kurang tanda penuaan?

Ikuti rahsia ibu kepada CEO Elon Musk ini, berkongsi rahsianya melambatkan proses penuaan kulit di bawah!

Jauhi Dari Sinaran Matahari

Foto – Arkib Wanista

Model berusia ini berkongsi salah satu untuk melambatkan tanda-tanda penuaan adalah, dengan menjauhi dari terkena sinaran matahari.

Sinaran matahari boleh mempercepatkan tanda penuaan dengan membuatkan kulit menjadi kering dan tidak bermaya, oleh itu dengan menjauhi sinaran matahari dapat melindungi kulit dan melambatkan tanda penuaan.

Untuk mengelak dari terkena pancaran matahari, Maye berkata dirinya sentiasa memakai topi, dan wajib memakai krim pelindung sinaran matahari.

Jaga Diet Pemakanan

Foto – Arkib Wanista

Model cantik ini menyatakan bahawa dirinya seorang dietician atau pakar diet, Maye sangat menitikberatkan penjagaan kulit oleh itu dengan menjaga diet pemakanan dirinya memiliki kulit wajah seperti wanita berusia lewat 50an.

Ibu kepada tiga orang anak ini mengamalkan diet pemakanan yang sihat seperti, banyak memakan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, roti gandum dan ikan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan kuat.

Dengan menjaga diet pemakanan, kulit juga akan menjadi sihat lalu secara tidak langsung melambatkan proses tanda-tanda penuaan meski diri telah lanjut usia.

IKLAN

Kerap Steam Muka

Foto – Arkib Wanista

Selain itu, untuk melambatkan tanda penuaan pada kulit Maye berkata diri sendiri kenalah rajin melakukan steam muka. Jika kamu tidak memiliki alat steam muka gunakan kaedah lama, iaitu ambil air panas dan tuangkan dalam mangkuk.

Kemudian dekatkan muka dengan wap yang keluar dari air panas tersebut, dan tutup wajah dan wap air panas dengan tuala.

Apabila rajin melakukan steam muka kulit wajah kekal hidrat, lembap dan tidak kering lagi.

Produk Penjagaan Muka Kena Rajin Pakai

Foto – Arkib Wanista

Untuk melambatkan proses penuaan di kulit wajah, Maye juga menyatakan penggunaan produk penjagaan muka seperti penggunaan pencuci muka, krim malam, krim untuk bawah mata dan rajin memakai masker untuk menjaga kulit wajah.

Memang cemburu tengok kulit wajah supermodel yang dah berusia ini, bagi wanita yang ingin dapatkan kulit wajah muda, sihat dan berseri seperti Maye Musk ini kenalah bermula dari sekarang jaga kulit muka!

Rujukan: 1, 2,