Fesyen

Ini Rupanya Cara Untuk Jadi Yakin Tanpa Memakai Bra

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Ini Rupanya Cara Untuk Jadi Yakin Tanpa Memakai Bra

Tidak memakai bra adalah salah satu perkara yang sangat selesa bagi seorang wanita dan payudaranya. Tekanan yang diberikan oleh bra kepada payudara juga dapat dikurangkan.

Tetapi, macam mana nak keluar dengan yakin tanpa bra?

#1 Tidak Pakai Bra Di Rumah

Bermula dengan tidak memakai bra dalam bilik dan kemudiannya di ruang dalam rumah adalah salah satu permulaan untuk berasa confident.

IKLAN
Foto – Elle

Jika anda semakin confident, jangan memakai bra ketika keluar membeli barangan dapur atau ke kerja. Jika tidak memakai bra semasa di tempat kerja, pemilihan pakaian dan warna yang sesuai dapat membantu anda.

Foto – Unsplash

(Nota: Ketika bersukan, anda perlu memakai sport bra untuk menahan payudara supaya tidak menganggu ketika melakukan aktiviti.)

#2 Pakai Bralette

Foto – Arkib Wanista

Bralette dapat membantu anda menjadi konfiden kerana ia lebih selesa tanpa wayar dan padding berbanding dengan bra biasa. Kainnya yang nipis seperti tidak memakai bra dapat memberi keselesaan kepada si pemakai.

#3 Postur

Payudara mendapat sokongan daripada bra tetapi jika anda tidak memakainya, biasakan untuk mengamalkan postur badan yang betul.

Foto – Arkib Wanista

Semasa berdiri, pastikan anda berdiri dengan tegak dengan mendada. Ketika duduk pula, pemilihan kerusi yang memberikan sokongan sepenuhnya pada sandaran bahagian belakang anda.

#4 Penutup Puting

Foto – Pinterest

Kebanyakan wanita berasa tidak yakin kerana putingnya kelihatan. Tetapi anda tidak perlu risau, kerana pasties dapat membantu puting anda tidak kelihatan lagi.

Foto – Arkib Wanista

#5 Pita Fesyen

Jika ingin memakai low-cut top dan tidak memakai bra, tempelkan pita di kulit tepi agar pakaian anda tidak bergerak atau jatuh.

IKLAN
Foto – Wish

Anda juga boleh menempelkan pita tersebut di antara butang atau lurah untuk mengelakkan daripada memberi perhatian kepada sesiapa sahaja.

#6 Pakaian Dalam Yang Ketat

Pakaian dalam yang meregang dan ketat dapat dijadikan sebagai sokongan. Cari pakaian dalam yang mempunyai garis leher yang tinggi untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

Foto – Arkib Wanista

#7 Corset-Style Back

Memakai korset dengan tali sesuai untuk mereka yang masih memerlukan sokongan bahagian belakang badan. Anda boleh ketatkan korset anda sehingga payudara tidak bergerak atau boleh dipakai secara longgar.

Foto – Arkib Wanista

#8 Gaun atau Top Yang Berstruktur Dengan Zip

Foto – Arkib Wanista

Gaun atau top yang berstruktur mempunyai fabrik yang tebal serta zip dapat membantu para wanita untuk mengekalkan bentuk badan dan payudara daripada kelihatan kendur.

Payudara juga merupakan salah satu anggota badan yang tidak perlu rasa malu apabila tidak mahu memakai bra. Yakin dan anda boleh bebas melakukan apa sahaja yang anda mahu.

 

RUJUKAN