Sejak PKP, ramai orang mula mengikuti video youtuber Liziqi yang disifatkan sebagai terapi.
Youtuber Liziqi bukan wanita sembarangan, malah luar biasa hebatnya kerana kini sudah mempunyai lebih 12 juta subscriber di Youtube. Dalam sehari video yang dikongsi mendapat tontonan jutaan dari penonton serata dunia. Siapa Liziqi dan kenapa dia sangat berpengaruh? Apa content yang dibekalkan sehingga ramai menjadikannya inspirasi?
Gadis Kecil Molek
- Foto – Fine Dining
Liziqi, 29, telah mengampul berjuta-juta pengikutnya dengan video tentang kehidupan ‘kampung’ di luar bandar Sichuan. Sejak dia mula menyiarkan video kehidupan desanya pada tahun 2016, Liziqi telah menjadi salah satu bintang media sosial terbesar di China.
Wonder Woman Yang Genius
Video Liziqi, yang pada awalnya dihasilkan oleh dirinya sendiri dan kini telah mempunyai pasukan kecil, menekankan aspek kehidupan desa dan tradisi penuh indah dan warna-warni. Dalam video berlatar belakang muzik seruling, Liziqi membuka mata penonton dengan ketangkasan dan kecekapan dia bekerja.
Dia membuat perabotnya sendiri dari buluh dan mewarnai pakaiannya dengan kulit buah. Sekiranya dia mahukan kicap, dia akan menanam kacang soya sendiri. Nak makan tomato dibuatnya kebun sayur-sayuran, nak makan roti dibinanya oven serta pelbagai lagi kebolehannya yang buka mata semua orang.
Nenek Sebagai Peneman
- Foto – Youtube
Menerusi komen di setiap video Youtube, rata-rata ingin mengetahui kisah wanita misteri ini. Ada yang cakap Liziqi merupakan anak yatim, dia berjuang untuk mencari pekerjaan yang stabil di bandar sebelum kembali ke desa untuk menjaga neneknya yang sakit. Benar atau tidak, hanya Liziqi yang tahu.
Propaganda China?
Kerana populariti, Liziqi telah mendapat perhatian yang meluas oleh kerajaan China. Tahun 2018, parti Komunis China menamakannya sebagai role model untuk generasi muda.
September 2019, Liziqi diberi penghargaan “People’s Choice”, para media memuji Liziqi kerana membantu mempromosikan budaya tradisional di seluruh dunia. Communist Youth League namakan dia sebagai duta yang mempromosikan ekonomi di luar bandar.
- Foto – Fine Dining
Walau bagaimanapun ada rakyat China yang mempertikaikan video Liziqi sama ada semuanya digilap atau benar-benar dilakukan sendiri. Ramai beranggapan itu propaganda China untuk memaparkan sisi ‘indah’ di China, terutama kepada penonton antarabangsa yang semakin meningkat di YouTube.
Walau banyak spekulasi, tapi kita tidak dapat lari daripada menyukai setiap videonya – Liziqi wanita genit berambut panjang, wajah putih bersih, setiap fesyennya juga tersendiri dan penuh colourful, pemandangan indah yang dibekalkan memang cukup aesthetic dan hebat.
Siapa yang belum singgah video Liziqi, you should then you will definitely understand, ‘terapi’ yang penulis rasakan.