Kesihatan

Nyawa Diragut Kanser Kolon, Fizikal Chadwick Boseman Susut Sebelum Meninggal

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Nyawa Diragut Kanser Kolon, Fizikal Chadwick Boseman Susut Sebelum Meninggal

Ikonik “Wakanda Forever“, Chadwick Boseman memegang watak sebagai T’Challa dalam filem Black Panther telah mengejutkan para peminat Marvel dengan berita kematiannya.

Menghidapi kanser kolon sejak tahun 2016, kanser Boseman sedang memasuki tahap keempat pada usia 43 tahun. Menerusi posting di Twitter, Boseman telah bekerja dan karyanya difilemkan semasa dan di antara pembedahan serta kemoterapi sepanjang hidupnya.

IKLAN

Menerusi kematian Boseman, doktor-doktor seluruh dunia menyeru orang ramai untuk melakukan pemeriksaan dan sedar akan tanda-tanda kanser tersebut.

KANSER KOLON 

Kanser kolon ialah malignant tumor yang muncul dari dinding dalaman usus besar atau rektum. Kebanyakkan kanser kolon bermula daripada polyps.

Foto – Medicine Net

Colon polyps dan kanser pada peringkat awal tidak mempunyai tanda-tanda atau simptom.

FAKTOR RISIKO

Foto – Arkib Wanista
  • Orang berusia
  • Bangsa Afrika-Amerika
  • Sejarah kanser kolon atau polyps 
  • Keadaan usus yang meradang
  • Sindrom yang diwarisi meningkatkan kanser kolon
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai kanser kolon
  • Makanan rendah serat dan tinggi lemak
  • Gaya hidup yang tidak aktif
  • Diabetes
  • Obesiti
  • Merokok
  • Alkohol
  • Terapi radiasi untuk kanser

SIMPTOM 

IKLAN
Foto – Arkib Wanista
  1. Perubahan dalam usus seperti cirit-birit, sembelit atau konsistensi najis.
  2. Pendarahan rektum atau darah dalam najis.
  3. Ketidakselesaan perut yang berterusan, kekejangan, gas atau kesakitan.
  4. Merasakan usus tidak kosong sepenuhnya.
  5. Kelemahan atau keletihan.
  6. Pengurangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.
  7. Hilang selera makan
  8. Muntah, loya dan sesak nafas.

TAHAP

Foto – Colorectal Cancer Alliance

# TAHAP 0 

Pada peringkat awal, ia dikenali sebagai karsinoma. Ia tidak tumbuh lebih daripada lapisan dalaman usus besar dan biasanya mudah dirawat.

#TAHAP 1

Kanser menjadi lapisan tisu dan belum ke lymph nodes atau organ lain.

#TAHAP 2

Kanser telah mencapai lapisan luar usus besar tetapi tidak merebak di luar usus besar.

#TAHAP 3

Kanser telah berkembang melalui lapisan luar usus besar dan telah mencapai satu hingga tiga lymph nodes tetapi ia tidak disebarkan jauh.

#TAHAP 4 

Pada tahap ini, kanser telah mencapai tisu lain di luar dinding usus besar dan mula menyebar di bahagian badan yang lain.

LANGKAH PENCEGAHAN

Foto – Arkib Wanista

1. Saringan barah usus

Doktor mengesyorkan untuk melakukan pemeriksaan kanser kolon sekitar usia 50 tahun.

2. Pengambilan buah-buahan, sayuran dan bijirin. 

Buah-buahan, sayuran dan bijirin mengandungi vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang berperanan dalam pencegahan kanser.

3. Bersenam 

Untuk melakukan senaman, anda hanya memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit. Sekiranya anda tidak aktif, anda boleh mula secara perlahan dan beransur-ansur.

4. Berat badan 

Kekalkan berat badan dengan menggabungkan diet yang sihat dengan senaman harian. Turunkan berat badan secara perlahan dengan meningkatkan jumlah senaman serta mengurangkan jumlah kalori pada makanan anda.

Sekiranya anda belum mencapai atau sudah mencapai usia 50 tahun, lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mencegah pelbagai jenis penyakit sebelum menjadi teruk.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4